awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tidak iktiraf tuntutan China di Laut China Selatan

Bernama
Bernama
30/08/2023
10:36 MYT
Malaysia tidak iktiraf tuntutan China di Laut China Selatan
Peta itu, antara lain, menunjukkan tuntutan maritim sepihak oleh China yang melangkau kawasan maritim Malaysia di Sabah dan Sarawak. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan China di Laut China Selatan, seperti yang digariskan dalam "Peta Standard China Edisi 2023", yang turut meliputi kawasan maritim Malaysia, tegas Kementerian Luar.
Peta itu sama sekali tidak mengikat Malaysia, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Peta itu, antara lain, menunjukkan tuntutan maritim sepihak oleh China yang melangkau kawasan maritim Malaysia di Sabah dan Sarawak berdasarkan Peta Baru Malaysia 1979," katanya.
Tambahnya seperti yang ditegaskan Kerajaan Malaysia berhubung isu Laut China Selatan sebelum ini termasuk isu persempadanan maritim, Malaysia secara konsisten menolak tuntutan kedaulatan, hak kedaulatan dan bidang kuasa mana-mana pihak asing ke atas fitur maritim atau kawasan maritim negara berdasarkan Peta Baru Malaysia 1979.
Malaysia juga berpandangan bahawa isu Laut China Selatan merupakan isu yang kompleks dan sensitif.
Isu ini perlu dikendalikan secara aman dan rasional melalui dialog dan rundingan berdasarkan peruntukan undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS 1982).
"Malaysia komited untuk terus bekerjasama bagi memastikan semua pihak melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan secara menyeluruh dan efektif.
"Malaysia juga komited terhadap proses rundingan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC) yang efektif dan substantif, serta terhadap sasaran untuk memuktamadkan COC seawal mungkin," katanya.
Kementerian Sumber Asli China pada Isnin mengeluarkan "Peta Standard China Edisi 2023" yang turut meliputi kawasan maritim zon ekonomi eksklusif (EEZ) Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak, Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam, selain beberapa kawasan di India.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#peta china
#Laut China Selatan
#tuntutan maritim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan