awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Turkmenistan teroka peluang kerjasama dalam sektor pertanian

Bernama
Bernama
18/12/2024
22:30 MYT
Malaysia, Turkmenistan teroka peluang kerjasama dalam sektor pertanian
Datuk Arthur Joseph Kurup menerima kunjungan hormat Timbalan Pengerusi Menteri Kabinet Turkmenistan Tanryguly Atahallyyev di Putrajaya semalam. - Facebook Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Turkmenistan akan meneroka potensi kerjasama dalam teknologi pertanian, pengurusan sumber air, penyelidikan dan pembangunan serta pembangunan kapasiti.
Kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memaklumkan perkara itu dibincangkan semasa Timbalan Menteri berkenaan Datuk Arthur Joseph Kurup menerima kunjungan hormat Timbalan Pengerusi Menteri Kabinet Turkmenistan Tanryguly Atahallyyev di Putrajaya semalam.
Menurut kenyataan itu, ini merupakan pertemuan kali pertama antara Malaysia dan Turkmenistan bagi sektor pertanian dan kedua-dua pemimpin mengambil peluang untuk bertukar-tukar maklumat mengenai struktur serta bidang tanggungjawab kementerian masing-masing selain perkembangan terbaharu di kedua-dua negara.
"Arthur memaklumkan bahawa Malaysia mempunyai pelbagai jenis buah-buahan tropika yang berkualiti tinggi dan mempelawa Turkmenistan untuk mempertimbangkan kemasukan buah-buahan tropika Malaysia ke pasaran Turkmenistan," katanya.
Atahallyyev, yang diiringi Menteri Pertanian Turkmenistan Charyyar Chetiyev, berada di Malaysia bersempena lawatan rasmi dua hari Presiden Serdar Berdimuhamedov bermula semalam.
Jumlah dagangan dua hala antara Malaysia dan Turkmenistan dalam sektor pertanian serta agromakanan direkodkan sebanyak RM32.01 juta pada 2023 manakala jumlah bagi lapan bulan pertama tahun ini mengatasi angka tersebut iaitu RM44.2 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerjasama pertanian
#Turkmenistan
#Arthur Joseph Kurup
#lawatan rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan