Malaysia dan United Kingdom berminat untuk mengukuhkan lagi kerjasama untuk memerangi keganasan dan ekstremisme.
Rundingan antara Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Menteri bagi Asia dan Pasifik United Kingdom, Alok Sharma, di sini hari ini tertumpu bagi mengukuhkan lagi kerjasama mengekang keganasan dan ekstremisme.
Ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat setengah jam antara kedua-dua mereka, Nur Jazlan berkata kerjasama antara Malaysia dan UK telahpun sedia terjalin antara pasukan keselamatan kedua-dua negara tentang bagaimana untuk menangani keganasan antarabangsa.
"Malaysia bersedia untuk berkongsi pengalaman dan mencontohi UK dalam pelaksanaan program deradikalisasi untuk menangani keganasan serta program pemulihan anggota ekstremis," katanya.
Nur Jazlan juga sekali lagi memberi jaminan keselamatan kepada kira-kira 50,000 warga Britain yang sama ada melawat atau bekerja di Malaysia dan menggesa rakyat Britain itu supaya jangan bimbang terhadap laporan negatif dalam media mengenai keselamatan negara.
Sharma, yang tiba di Malaysia semalam untuk lawatan dua hari tertumpu bagi memerangi keganasan, menjalin kerjasama keselamatan dan hubungan perniagaan, berkata UK dan Malaysia merupakan rakan global dalam keselamatan dan berkongsi kepentingan dalam menangani ancaman pengganas.
"Malaysia ialah rakan utama UK untuk mengekang aktiviti ekstremisme di Asia Tenggara memandangkan ia terletak di lokasi strategik di rantau ini sebagai sebuah negara Islam yang moden lagi berpendirian sederhana," katanya.
Sharma menegaskan bahawa Malaysia dan UK menjalin perkongsian pelbagai dimensi yang kukuh dalam perdagangan, hak asasi manusia dan pendidikan di samping berkongsi idea mengenai penganjuran Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).
UK akan menganjurkan CHOGM pada 2018 sementara Malaysia akan menjadi hos pada 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2017
Mesyuarat antara Nur Jazlan Mohamed dan Alok Sharma membincangkan isu keselamatan dan kepentingan menangani ancaman pengganas. - Bernama
Johor peruntuk lebih RM1.9 juta sedia kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor
Kerajaan Johor memperuntukkan lebih RM1.9 juta bagi menyediakan kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor di 63 hotspot melibatkan 23 lokasi bermula Julai ini.
Kaum India jangan undi ikut emosi, terpengaruh hasutan boikot PRK KKB - Mugilaan
Komuniti India dinasihat perlu memanfaatkan undi dengan memilih wakil rakyat yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan terbaik.
PKBM sasar Mohd Azizulhasni raih pingat emas di Sukan Olimpik Paris
Amarjit berkata sasaran itu bukan dilakukan secara tiba-tiba malah ia realistik berdasarkan keadaan The Pocket Rocketman ketika ini.
Pelan tindakan rangsang ekonomi golongan asnaf sedang dirancang
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sedang merancang pelan tindakan yang bertujuan merangsang kebebasan ekonomi golongan asnaf.
Rusia adakan raptai perarakan hari kemenangan
Tentera Rusia telah mengadakan raptai bagi menyambut perarakan hari kemenangan negara tersebut yang akan datang di Moscow.
Mengikut jadual, tentera akan berarak melalui pusat bandar Moscow di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 Mei nanti.
Mengikut jadual, tentera akan berarak melalui pusat bandar Moscow di hadapan Presiden Rusia Vladimir Putin pada 9 Mei nanti.
Al Jazeera akan ambil tindakan perundangan
Al Jazeera akan ambil tindakan perundangan
Tiada pengangkutan lain, jemaah Malaysia hanya guna bas
Naib Konsul Haji Malaysia & Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin maklumkan, 31,600 jemaah haji Malaysia hanya akan menggunakan bas sebagai pengangkutan di Madinah dan Mekah sepanjang musim haji pada tahun ini, 1445H/2024M.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi
Sultan Sharafuddin yang merupakan Penaung Selangor FC dan Pengerusi Selangor FC,
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Mei 2024.
Faisal Halim disimbah asid, Hannah Yeoh gesa PDRM ambil tindakan segera
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan kepada pelaku yang menyimbah asid kepada pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim pada Ahad.
'Janji di Paris perlu dikotakan di Glasgow' - Presiden COP26
Presiden COP26, Alok Sharma akui banyak perkembangan positif dicatatkan dalam minggu pertama sidang di Glasgow.
COVID-19: Britain mahu pastikan Brexit tidak ganggu rantaian bekalan vaksin
Kerajaan Britain sedang melakukan usaha mega untuk berkomunikasi dengan perniagaan bagi memastikan Brexit tidak menganggu rantaian bekalan.
Jatuh sakit di Dewan Rakyat, Menteri Perniagaan UK jalani ujian COVID-19
Alok Sharma berasa kurang sihat apabila menyampaikan ucapan berkenaan Rang Undang-undang Tadbir Urus Korporat dan Insolvensi, menurut pejabatnya.
Malaysia, UK kukuhkan lagi kerjasama tangani keganasan, ekstremisme
Malaysia dan United Kingdom berminat untuk mengukuhkan lagi kerjasama untuk memerangi keganasan dan ekstremisme.