KUALA LUMPUR: Malaysia telah menghantar surat kepada Indonesia bagi menyelesaikan segera Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP), kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata surat berkenaan telah dihantar kepada rakan sejawatnya di Indonesia susulan arahan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam supaya penyelarasan dibuat dengan rakan sejawat dalam ASEAN bagi menyelesaikan masalah jerebu merentas sempadan.
"Saya sudah mengutus surat kepada Indonesia, semalam Perdana Menteri telah mengarahkan pihak kementerian untuk mengkoordinasi masalah jerebu ini.
"Susulan arahan itu, saya telah mengutus surat kepada rakan sejawat saya di Indonesia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau serta Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) di sini hari ini.
Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat petang tadi, kualiti udara di dua kawasan di Sarawak berada pada tahap tidak sihat iaitu Sri Aman merekodkan bacaan IPU 138 manakala Serian mencatatkan 113.
Terdahulu, Nik Nazmi berkata Pavilion Malaysia akan diwujudkan pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2023 (COP28) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 30 Nov hingga 12 Dis ini, bagi memaparkan penyelesaian domestik dalam menangani perubahan iklim.
Beliau berkata Pavilion Malaysia di COP28 itu juga akan menampilkan topik dan isu kritikal seperti peralihan tenaga yang adil, mitigasi, adaptasi dan kewangan yang mampan.
"Ia bukan hanya struktur fizikal, tetapi juga demonstrasi jelas komitmen dan kerja keras kita dalam menangani perubahan iklim. Ia akan merangkumi semangat kerjasama iaitu aspek penting dalam budaya Malaysia.
"Kita mahu menjadikan Pavilion (Malaysia) sesuatu yang menarik untuk dilawati dan dapat menceritakan kisah kita," katanya.
Nik Nazmi berkata pavilion itu turut mempamerkan input daripada Panel Penasihat Perubahan Iklim dan Panel Perundingan Perubahan Iklim, yang ditubuhkan untuk mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan bagi meningkatkan penyertaan Malaysia pada COP28.
"Pada mulanya kita mahukan perkara berkaitan COP, namun kita sudah tubuhkan (panel penasihat) tentang perubahan iklim (kerana) ia perlu melangkaui COP untuk melihat bagaimana kita mereka bentuk dasar berhubung perubahan iklim," katanya.
Beliau berkata input berkenaan juga disumbangkan bukan hanya dalam kalangan kementerian utama, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), sektor swasta, institusi kewangan dan akademik melalui panel penasihat, tetapi juga daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), masyarakat yang mudah terjejas, belia dan kanak-kanak menerusi panel perundingan.
"Segelintir daripada mereka mengingatkan bahawa kita perlu melebihkan kanak-kanak, kini kita perlu melihat kanak-kanak sebagai pihak berkepentingan terbesar .... Kita perlu melibatkan kanak-kanak bukan hanya untuk mengajar tetapi juga mendidik ibu bapa mereka tentang perubahan iklim.
"Peralihan tenaga yang adil adalah penting, cukai karbon sedang diteliti oleh Kementerian Kewangan dan kita juga melihat kepada isu dan pampasan Loss and Damage, serta penyelesaian berasaskan semula jadi dalam meningkatkan tindakan perubahan iklim dan memperkasakan pihak berkepentingan sebagai input," katanya.
Nik Nazmi berkata penyertaan Malaysia pada COP28 ialah legasi berkekalan dalam pembangunan mampan dan tindakan iklim.
"Kami sudah melihat negara lain apabila mereka menginstitusikan agensi perundangan yang boleh melangkaui sebarang individu dan kerajaan, ia penting untuk memastikan kita mencapai kata sepakat tentang apa yang boleh kita lakukan bagi menangani perubahan iklim," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023
NIK NAZMI: Saya sudah mengutus surat kepada Indonesia, semalam Perdana Menteri telah mengarahkan pihak kementerian untuk mengkoordinasi masalah jerebu ini. - Gambar fail/BERNAMA
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.