awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-Filipina sepakat iktiraf sijil vaksinasi - Wisma Putra

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2022
07:39 MYT
Malaysia-Filipina sepakat iktiraf sijil vaksinasi - Wisma Putra
Pengembara dari Malaysia kini dibenarkan memasuki Filipina dengan bukti sijil vaksinasi lengkap dalam MySejahtera. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Filipina mencapai kata sepakat semalam untuk saling mengiktiraf sijil vaksinasi COVID-19 secara timbal balas.
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, pengembara dari Malaysia kini dibenarkan memasuki Filipina dengan bukti sijil vaksinasi lengkap dalam MySejahtera sementara pengembara dari Filipina dibenarkan memasuki Malaysia dengan bukti sijil vaksinasi lengkap dalam VaxcertPH.
"Kemasukan pengembara juga tertakluk kepada prosedur kurantin semasa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di kedua-dua negara.
"Persetujuan tersebut telah membolehkan Kedutaan Besar Malaysia di Manila membantu tujuh rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila pada 13 Februari lalu untuk memasuki Filipina atas tujuan rasmi dan perniagaan," memetik kenyataan itu.
Mengulas lanjut, Wisma Putra memaklumkan Kerajaan Malaysia dan Filipina juga sepakat untuk meneruskan kerjasama ke arah verifikasi ketulenan sijil vaksinasi COVID-19 kedua-dua negara secara atas talian dengan sistem yang lebih selamat dan terjamin bagi memudahkan laluan kemasukan pengembara yang telah lengkap divaksinasi tersebut.
Pada dasarnya, Wisma Putra memaklumkan kerajaan Malaysia mengiktiraf pengembara yang telah lengkap menerima vaksin yang diluluskan di bawah Senarai Kegunaan Kecemasan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau yang diluluskan oleh pihak berkuasa negara-negara tertentu.
Bagaimanapun, pengiktirafan sijil digital vaksinasi MySejahtera adalah tertakluk kepada keputusan kerajaan-kerajaan negara lain.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Filipina
#MySejahtera
#sijil vaksinasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan