awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-Singapura teroka kerjasama dalam tiga bidang utama, perkasa perkhidmatan awam

Bernama
Bernama
20/07/2025
12:14 MYT
Malaysia-Singapura teroka kerjasama dalam tiga bidang utama, perkasa perkhidmatan awam
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata itu merupakan bidang kerjasama utama yang dikenal pasti semasa beliau mengadakan lawatan kerja ke Singapura selama tiga hari bermula Jumaat lepas. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Malaysia dan Singapura kini meneroka kerjasama strategik dalam tiga bidang utama iaitu GovTech, perumahan awam dan pembaharuan sektor awam sekali gus memperkasa perkhidmatan awam.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata itu merupakan bidang kerjasama utama yang dikenal pasti semasa beliau mengadakan lawatan kerja ke Singapura selama tiga hari bermula Jumaat lepas.
"Kita ingin belajar dengan Singapura, satu daripadanya mengenai GovTech sebab mereka telah buat GovTech dan kita dalam proses untuk meluncurkan GovTech.
"Kedua, mereka punya perumahan mampu milik melalui Lembaga Perumahan Singapura dan ketiga, yang kita nak belajar tentang pembaharuan dalam perkhidmatan awam," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Sukan Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA Malaysia) di sini hari ini.
Shamsul Azri juga berkata Singapura menyambut baik kerjasama dan pertukaran amalan baik membabitkan kedua-dua negara bagi mempertingkat mutu perkhidmatan awam.
"Singapura menyambut baik cadangan kita... kita juga ada sesi dengan mereka untuk bincangkan kerjasama strategik antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya beliau menyeru rakyat Malaysia agar membudayakan gaya hidup yang sihat melalui aktiviti bersukan dan pemakanan baik.
Mengambil contoh Singapura, beliau berkata purata jangka hayat penduduk di republik itu ialah 84 tahun berbanding kira-kira 73 hingga 74 tahun di Malaysia.
"Kita harus ingat mencegah adalah lebih baik daripada merawat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia dan Singapura
#kerjasama dalam tiga bidang utama
#perkhidmatan awam
#KSN Shamsul Azri Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan