awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
Bekas Ketua Perisikan, pegawai kanan ATM antara didakwa kes rasuah esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mana ada kroni!' - Tun Mahathir

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
10/10/2019
06:30 MYT
'Mana ada kroni!' - Tun Mahathir
Tun Mahathir berkata setiap proposal yang diterima akan diteliti secara adil berkenaan potensinya. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tanggapan projek-projek teknologi dikuasai oleh 'kroni-kroni' beliau.
Menjawab satu soalan dalam sesi sidang media selepas merasmikan Pameran dan Persidangan Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) di ibu negara, Perdana Menteri berkata setiap cadangan (proposal) yang diterima akan diteliti secara adil berkenaan potensinya.
"Saya tolak pandangan yang mengatakan pemain industri adalah mereka yang mempunyai kaitan dengan saya. Saya tanya ahli keluarga saya, anda dapat apa-apa daripada saya? Dan mereka sekarang tidak bercakap dengan saya kerana saya tak pernah membantu mereka.
"Sekarang, sokongan daripada kerajaan tidak sebesar dahulu. Dahulu kita baru bermula, ramai masih tak tahu tentang teknologi hijau.
"Sekarang orang sudah tahu, jadi banyak peluang perniagaan dari proksi kerajaan berkenaan tenaga boleh diperbaharui. Jadi apabila mereka ada proposal, dan proposal itu bagus, kami akan sokong. Tak semestinya menantu saya atau sesiapa, saya tidak akan beri begitu saja," jelas Tun Mahathir.
Beliau ditemui pada sidang media selepas merasmikan Net Zero Carbon Pavilion, serentak dengan Pameran dan Persidangan Antarabangsa Teknologi Hijao & Produk Eko Malaysia (IGEM) di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) yang turut dihadiri Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin; Menteri Pembangunan Usahawan; Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof serta Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.
Acara anjuran Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) ini bertujuan mewujudkan satu platform bagi pemain industri untuk meneroka pasaran ASEAN yang berkembang pesat dengan mempamerkan inovasi terkini kepada pembuat dasar, organisasi kerajaan dan pelabur.
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2020
#kerajaan
#Khalid Abdul Samat
#kroni
#Mahathir Mohamad
#Malaysia Baharu
#Menteri Wilayah Persekutuan
#Mohd Redzuan Md Yusof
#Perdana Menteri
#proposal
#teknologi hijau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan