awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mandur hilang selepas tikam dua pekerja warga Myanmar

Sinar Harian
Sinar Harian
12/04/2025
05:15 MYT
Mandur hilang selepas tikam dua pekerja warga Myanmar
Keadaan lokasi dua lelaki yang ditemukan mati selepas terlibat dalam pergaduhan di Sungai Siput. (Gambar kecil: Mohd Rohaizimi) Foto ihsan pembaca
SUNGAI SIPUT: Polis sedang mengesan seorang lelaki warga Myanmar yang disyaki menikam dua rakan senegaranya dalam kejadian di sebuah kebun sayur di Jalan RE di sini, awal pagi Sabtu.

Ringkasan AI
  • Polis sedang mengesan seorang lelaki warga Myanmar yang disyaki menikam dua rakan senegaranya dalam kejadian di sebuah kebun sayur di Sungai Siput.
  • Ketiga-tiga pekerja dipercayai mabuk sebelum pergaduhan berlaku, dan suspek menikam kedua-dua rakannya sebelum melarikan diri.
  • Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Deputi Superintenden Mohd Rohaizimi Razali berkata, maklumat kejadian itu diterima daripada majikan sekitar jam 1.54 pagi.
"Berdasarkan maklumat, ketiga-tiga pekerja berusia 30-an baru bekerja di premis itu sejak dua bulan lalu dan dipercayai telah mabuk sebelum terlibat dalam pergaduhan.
"Suspek yang dilantik sebagai mandur bertindak menikam kedua-dua rakannya sebelum memaklumkan kejadian itu kepada majikan dan melarikan diri," katanya ketika dihubungi, di sini.
Menurut Mohd Rohaizimi, mayat kedua-dua mangsa ditemui di bahagian luar rumah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk dibedah siasat.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tikam rakan senegara
#Sungai Siput
#lelaki warga Myanmar
#kebun sayur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan