Skip to main content

Malaysia

Manfaatkan AI untuk lipat ganda kapasiti, bukan alat kurangkan kos - Sim

PETALING JAYA, July 11 -- Minister of Entrepreneur and Cooperatives Development Steven Sim Chee Keong delivers his speech during the 11th CHT International Awards 2026 here today.  Organised biennially by CHTNetwork, the prestigious awards ceremony is supported by MATRADE, with AFFIN DIVENTIUM, Volvo and Volvo Sisma as Principal Partners, while vivo Malaysia, Beryl’s Gourmet, Ghee Hiang and ONE EAST MUSEUM are supporting partners.  -- fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED
Steven Sim ketika berucap pada Majlis Anugerah Antarabangsa CHT ke-11 2026 di Petaling Jaya malam tadi. --fotoBERNAMA
Advertisement

PETALING JAYA: Komuniti perniagaan perlu memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) untuk melipatgandakan kapasiti selain terus melabur dalam pembangunan modal insan dan tidak menganggap teknologi itu sebagai alat untuk mengurangkan kos semata-mata, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim.

Beliau berkata syarikat yang mengurangkan pelaburan dalam pembangunan modal insan demi memberi keutamaan kepada AI berisiko melebarkan jurang kemahiran dan berdepan kos teknologi yang lebih tinggi dalam jangka panjang.

“Apabila kita menganggap modal insan sebagai kos yang perlu dikurangkan, kita akan kehilangan intuisi, kreativiti dan sentuhan kemanusiaan yang menjadi kelebihan daya saing kita,” katanya sambil mengingatkan banyak syarikat teknologi global terkemuka masih terus mengambil jurutera perisian sebagai pekerja walaupun melabur secara besar-besaran dalam AI.

Berucap pada Majlis Anugerah Antarabangsa CHT ke-11 2026 di sini, beliau turut menggesa komuniti perniagaan agar tidak sekadar menyesuaikan diri dengan perubahan pesat dalam teknologi dan sosial, sebaliknya tampil menerajui perubahan serta membentuk masa depan, di samping mengingatkan bahawa perniagaan yang hanya mengikut arus dan trend berisiko untuk ketinggalan.

“Era kegemilangan sudah berlalu. Walaupun kemajuan seperti roket guna semula dan AI generatif telah mengubah landskap perniagaan dalam tempoh sedekad lepas, cabaran lebih besar ialah memastikan kita sentiasa seiring dengan perubahan pantas sikap masyarakat, budaya, cita rasa pengguna dan pasaran. Jika kita sekadar mengikut arus tanpa mengemudinya, kita mungkin tenggelam,” katanya.

Beliau turut menyifatkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) milik keluarga sebagai antara kekuatan Malaysia yang sering dipandang ringan, sedangkan nilai kekeluargaan yang kukuh serta hubungan yang erat dalam perniagaan keluarga telah banyak menyumbang kepada daya tahan perniagaan.

Beliau berkata kementerian sedang mempertimbangkan untuk mengarahkan SME Corp Malaysia menjalankan kajian mengenai kekuatan dan cabaran yang dihadapi oleh perniagaan milik keluarga bagi membantu merangka langkah sokongan yang lebih bersasar.

-- BERNAMA 

Must Watch Video

Advertisement