awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir Beaufort berkurangan, Tenom semakin pulih

Bernama
Bernama
17/02/2014
01:33 MYT
Mangsa banjir Beaufort berkurangan, Tenom semakin pulih
Seorang penduduk Matsah Sabtu memuatkan perabot rumahnya yang teruk dilanda banjir ke dalam sampan untuk ditempatkan ke kawasan selamat. --Foto BERNAMA
Mangsa banjir di Beaufort pada sebelah petang berkurangan kepada 2,250 orang dari 674 keluarga di lima pusat pemindahaan manakala di Tenom hanya terdapat 33 mangsa di dua pusat pemindahan.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Beaufort, Mohd Sahid Othman berkata lima pusat pemindahan yang masih dibuka di daerah itu ialah di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort 3 yang menempatkan 779 mangsa, SMK Gadong (232), Dewan Masyarakat Kampung Kukut (550), Dewan Baru Beaufort (595) dan Dewan Lumadan (94).
Beliau berkata Pekan Beaufort yang lumpuh akibat dinaiki air sejak Jumaat lalu kini kembali pulih. Paras air Sungai Padas masih melebihi paras bahaya pada 9.17 meter, katanya.
Jurucakap Bilik Gerakan Daerah Tenom pula berkata tiga mangsa di daerah itu masih ditempatkan di Dewan Sri Antanom manakala 30 mangsa di Rumah Kebudayaan Pantongan.
Di Keningau, jurucakap bomba dan penyelamat berkata sebanyak 326 mangsa berada di tiga pusat pemindahan.
Sementara itu Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip memaklumkan sebanyak 19 buah sekolah di Beaufort terpaksa ditutup sementara.
Tujuh buah sekolah masih ditenggelami air manakala 10 buah terputus perhubungan jalan raya sementara dua buah lagi iaitu SMK Beaufort 3 dan SMK Gadong ditutup kerana dijadikan pusat pemindahan, katanya.
Sementara itu angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang kini melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, kawasan pedalaman, Pantai Barat, Kudat di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Sarawak dijangka berterusan hari ini.
Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini berkata tiupan angin dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj serta ketinggian ombak mencapai 3.5 meter itu, berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.
Ribut petir yang berlaku di perairan Kuching, Mukah, Rejang, Bintulu di Sarawak dan Pantai Barat, Kudat serta Sandakan di Sabah dijangka turut berterusan hari ini.
Topic Berkaitan
#banjir
#Beaufort
#mangsa
#Mohd Sahid Othman
#pusat pemindahan
#Tenom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan