awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 5,399 orang

Sinar Harian
Sinar Harian
05/01/2022
01:00 MYT
Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 5,399 orang
Keadaan banjir di jalan utama di Buloh Kasap, Segamat pada Selasa yang masih belum surut. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 5,399 orang pada jam 8 pagi berbanding 5,364 orang pada 4 pagi Rabu.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu melibatkan 1,340 keluarga di 81 pusat pemindahan sementara (PPS).
"Daerah yang terjejas banjir ketika ini adalah Segamat, Tangkak, Kota Tinggi, Mersing, Kluang, Muar dan Batu Pahat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Katanya, Segamat kekal daerah paling teruk terjejas dengan 3,804 mangsa, namun mencatatkan sedikit pengurangan berbanding Selasa.
"Ini diikuti Tangkak dengan 598 mangsa, Mersing (470), Muar (161), Kota Tinggi (131), Kluang (124) dan Batu Pahat (111)," katanya.
Dalam perkembangan lain, Vidyananthan berkata, ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan Johor tidak mempunyai sebarang amaran bahaya melibatkan hujan pada Rabu.
Katanya, sebanyak 13 laluan masih terputus hubungan melibatkan 10 laluan di Segamat serta masing-masing satu di Mersing, Kluang dan Muar.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa banjir
#pusat pemindahan
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan