Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat mendadak kepada 1,271 orang daripada 331 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 707 orang daripada 164 keluarga malam tadi, dengan Batu Pahat merupakan daerah terbaru dilanda bencana alam itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sampurna menempatkan 15 orang daripada empat keluarga dari Kampung Sungai Punggor, Kampung Sungai Punggor Kecil dan Kampung Parit Mengkudu.
Menurutnya, jumlah mangsa banjir di tiga lagi daerah membabitkan 267 orang daripada 63 keluarga di tiga PPS di Tangkak, Muar (lapan PPS membabitkan 818 mangsa daripada 215 keluarga); dan Pontian (tiga PPS dengan 171 mangsa daripada 49 keluarga).
"Di Muar, satu lagi PPS iaitu di SK Ismail Satu dibuka pada 11 malam tadi bagi menempatkan penduduk dari Kampung Kelantan dan Kampung Dato' Sri Amar Diraja," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihak berkuasa melakukan pemantauan di kawasan-kawasan berisiko dilanda banjir berikutan cuaca mendung ketika ini.
BACA: 707 mangsa banjir di Johor ditempatkan di 10 PPS
Sementara itu, keadaan banjir di Negeri Sembilan setakat 10 pagi ini semakin surut dengan jumlah mangsa banjir ditempatkan di tiga PPS di Seremban dan Port Dickson berkurangan kepada 66 orang daripada 16 keluarga berbanding 282 orang daripada 59 keluarga malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dalam kenyataan berkata daripada jumlah berkenaan, seramai 24 orang daripada lima keluarga dari Kampung Sega Hulu dan Kampung Sega Hilir ditempatkan di PPS SK Sega, Seremban.
“Di Port Dickson, seramai 33 orang daripada sembilan keluarga dari Kampung Jimah Lama ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Jimah manakala sembilan orang daripada dua keluarga dari Ladang Tanah Merah A3 ditempatkan di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tanah Merah Site C," menurutnya.
Menurut kenyataan itu, dua PPS daerah Port Dickson dijangka ditutup dalam masa terdekat dengan kesemua mangsa banjir sedang melakukan aktiviti pembersihan rumah.
Semalam, seramai 308 mangsa daripada 72 keluarga terjejas akibat banjir kilat yang melanda lima kampung di Port Dickson dan Seremban dan daripada jumlah berkenaan, 138 ditempatkan di tiga PPS berkenaan manakala bakinya berpindah ke rumah keluarga terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 14 2020
Pihak berkuasa melakukan pemantauan di kawasan-kawasan berisiko dilanda banjir berikutan cuaca mendung ketika ini. --fotoBERNAMA
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).