MALAYSIA
Mangsa banjir di Kedah meningkat, Perak terus berkurang

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat, manakala mangsa bencana itu di Perak terus mencatatkan pengurangan sehingga 10 malam ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat, manakala mangsa bencana itu di Perak terus mencatatkan pengurangan sehingga 10 malam ini.
Ringkasan AI
- Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 169 orang daripada 52 keluarga, dengan dua PPS beroperasi di Kota Setar dan Pokok Sena.
- Paras air Sungai Kedah di Kota Setar melepasi paras berjaga-jaga dengan bacaan 1.55 meter.
- Di Perak, jumlah mangsa banjir menurun kepada 26 orang daripada tujuh keluarga dan hanya PPS SK Matang masih beroperasi.
Beliau berkata, paras air Sungai Kedah di Jabatan Lebuhraya, Kota Setar turut melepasi paras berjaga-jaga apabila mencatat bacaan 1.55 meter berbanding paras amaran 1.5 meter.
Sementara itu di PERAK, jumlah mangsa banjir di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) menurun kepada 26 orang daripada tujuh keluarga setakat 10 malam ini, berbanding 31 orang daripada lapan keluarga petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) dalam kenyataan memaklumkan semua mangsa kini berlindung di PPS SK Matang berhampiran Taiping, melibatkan penduduk dari Kampung Matang Jambu dan Kampung Telok Kertang.
PPS SK Matang merupakan satu-satunya PPS yang masih beroperasi selepas PPS Dewan Serbaguna Taman Kaya ditutup semalam, manakala PPS SK Simpang dan PPS SK Matang Gelugor ditutup petang tadi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami