Skip to main content

Malaysia

Timbalan PM Thailand Sihasak lakukan lawatan kerja dua hari ke Malaysia mulai 6 Sept

BRICS can play an important role in supporting international trade and investment flows, according to Sihasak Phuangketkeow, Deputy Prime Minister and Minister of Foreign Affairs of Thailand. He made the remarks in an exclusive interview with TV BRICS, discussing the group's economic potential and Thailand's participation in BRICS cooperation.
Sihasak (gambar) akan diiringi Pengarah Agensi Perisikan Kebangsaan dan Ketua Panel Dialog Keamanan bagi Wilayah Sempadan Selatan Thanat Suwannanon.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Thailand Sihasak Phuangketkeow dijadual melakukan lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula Ahad (6 Sept) hingga 7 Sept ini, menurut PR Thai Government.

Menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat, PR Thai Government memaklumkan lawatan itu bertujuan mengambil tindakan susulan serta memajukan perkara yang dibincangkan oleh pemimpin kedua-dua negara semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Thailand ke Malaysia pada 9 hingga 10 Julai.

Sihasak akan diiringi Pengarah Agensi Perisikan Kebangsaan dan Ketua Panel Dialog Keamanan bagi Wilayah Sempadan Selatan Thanat Suwannanon.

Delegasi itu dijadual bertemu Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bagi membincangkan keselamatan sempadan dan pembangunan bersama kawasan sempadan.

“Perbincangan akan memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur, penambahbaikan kesalinghubungan jalan raya dan rel serta pembinaan bahagian tambahan pagar sempadan bagi mencegah dan membanteras kegiatan rentas sempadan yang menyalahi undang-undang.

“Kerjasama itu dijangka dapat meningkatkan keselamatan dan kesalinghubungan antara kedua-dua negara, di samping menyokong pembangunan ekonomi di kawasan sempadan serta memberikan manfaat lebih besar kepada penduduk di kedua-dua belah sempadan,” menurut PR Thai Government.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement