awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 131 orang pagi ini

Bernama
Bernama
06/04/2025
02:00 MYT
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 131 orang pagi ini
Keadaan banjir di Pangkalan Bukit Garam, Kinabatangan, 4 Apr 2025. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir penduduk empat kampung yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Garam di sini, kekal 131 orang daripada 29 keluarga setakat 8 pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah itu tidak berubah sejak malam tadi dan trend pemindahan adalah kekal.
Pada 2 April, Kinabatangan diisytihar sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan berterusan dan kenaikan paras air sungai ke tahap bahaya.
Tujuh kampung di daerah yang terletak kira-kira 306 kilometer dari Kota Kinabalu itu, terjejas banjir dan sebuah PPS dibuka iaitu di SK Bukit Garam yang beroperasi sejak 6 petang Rabu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kinabatangan
#PPS
#banjir
#banjir sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan