Jumlah mangsa banjir di Terengganu kembali meningkat dengan mendadak.

Majlis Keselamatan Negara memaklumkan jumlah mangsa di negeri itu sehingga tengah malam tadi hampir mencecah 15,000 orang berbanding kira-kira 14,000 pada sebelah petang.

Kesemua mangsa itu ditempatkan di 94 pusat pemindahan di Dungun, Kemaman dan Setiu.

Berikutan penambahan mangsa, 94 pusat pemindahan dibuka.

Sementara itu... Di kelantan... Hampir 7 ribu mangsa ditempatkan di pusat pemindahan berbanding empat ribu pada rabu./

Manakala keadaan banjir yang semakin buruk turut mengakibatkan sebuah pusat pemindahan terpaksa dibuka di Johor dengan jumlah yang dipindahkan seramai 13 orang.

Mangsa di Pahang pula seramai 448 orang.

Jumlah keseluruhan mangsa banjir di empat negeri itu kini melebihi 23,000 orang.