awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Perak bertambah hari ini

Bernama
Bernama
10/01/2025
02:00 MYT
Mangsa banjir di Perak bertambah hari ini
Penduduk Kampung Kasi, Beruas, kelihatan meredah banjir yang melanda kawasan itu. --fotoBERNAMA
IPOH: Jumlah mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di Beruas, Manjung, sedikit meningkat hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumkan 18 orang daripada lima keluarga berlindung di PPS tersebut berbanding 15 orang daripada empat keluarga semalam.
"Kesemua mangsa yang terjejas banjir adalah penduduk dari Kampung Padang Serai, Kampung Kasi serta Kampung Pengkalan Damar," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Perak memaklumkan air Sungai Perak di Pasang Api, Bagan Datuk berada pada paras bahaya setinggi 2.56 meter (m) berbanding paras normal 1m.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia pula meramalkan kebanyakan daerah antaranya Perak Tengah, Hilir Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim dijangka berlaku ribut dan hujan pada sebelah petang dan malam.
Jabatan Kerja Raya Perak turut memaklumkan laluan A175 Jalan Selat-Pulau Pebayan di Perak Tengah masih lagi ditutup kepada semua kenderaan berikutan laluan tersebut dinaiki air setinggi 0.8m.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa banjir
#PPS
#sungai perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan