awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 312 orang

Bernama
Bernama
30/10/2023
16:18 MYT
Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 312 orang
JPBN Perak dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di tiga PPS di daerah Kerian dan Hilir Perak. - Gambar fail/Astro AWANI
IPOH: Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 312 orang daripada 89 keluarga malam ini, berbanding 156 orang daripada 45 keluarga pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kerian dan Hilir Perak.
"Di Kerian, 86 orang daripada 21 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak manakala 56 orang daripada 18 keluarga di PPS SK Alor Pongsu.
"Sebanyak 170 orang daripada 50 keluarga di Hilir Perak pula berlindung di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula melaporkan Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada paras bahaya apabila merekodkan ketinggian 4.18 meter berbanding paras normal iaitu dua meter.
Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang dan Sungai Kerian di Selama berada pada paras berjaga-jaga, dengan masing-masing merekodkan bacaan 13.69 meter dan 11.21 meter.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Pengairan dan Saliran
#mangsa banjir
#mati lemas
#pusat pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan