awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Perak terus meningkat, tambahan satu daerah baharu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
05/01/2021
02:20 MYT
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, tambahan satu daerah baharu
Sebahagian jalan dari Attaduri ke Chikus di Sungai Manik runtuh. - Foto JKR Perak
IPOH:Jumlah mangsa banjir di Perak terus meningkat kepada 1,237 setakat jam 8 pagi ini, berbanding 1,010 petang semalam melibatkan empat buah daerah yang semuanya ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS).
Kuala Kangsar merupakan daerah baharu terjejas, selain Muallim, Kampar dan Hilir Perak.
Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, daerah Muallim paling teruk selepas Kampung Slim Village, Kampung Balun dan Kampung Kuala Slim dinaiki air sehingga menyebabkan 554 penduduk daripada 118 keluarga terpaksa berlindung di empat buah PPS.
Menurutnya, di daerah Hilir Perak seramai 557 mangsa banjir dari 12 kampung dipindahkan ke enam PPS.
Antara kampung yang terjejas ialah Kampung Tanjung Keramat, Kampung SC Ayer Hitam, Kampung Tengah Ayer Hitam, Kampung Sungai Ramai, Kampung Belakang Kedai Degong dan Kampung Chikus Langkap.
Di daerah Kampar pula, 75 orang berada di tiga PPS selepas Kampung Batu 20, Kampung Jeram dan Kampung Singh, Gopeng dinaiki air.
Lewat petang semalam, 51 penduduk dari Rancangan Penempatan Tersusun Tok Sirat, Sungai Siput dalam daerah Kuala Kangsar, dipindahkan ke PPS kampung itu.
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#Kuala Kangsar
#mangsa banjir
#pusat pemindahan
#mati lemas
#keluarga
#PPS
#Teluk Intan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan