awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di PPS Langkawi meningkat

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
18/10/2022
09:58 MYT
Mangsa banjir di PPS Langkawi meningkat
Enam mangsa terbaru dipindahkan pada jam 4 petang tadi selepas rumah mereka dinaiki air.- Fail/APM
LANGKAWI: Bilangan mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Syifa di Padang Matsirat mencatatkan pertambahan iaitu seramai 49 orang daripada 12 keluarga berbanding 43 mangsa melibatkan 11 keluarga semalam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Ahmad Shahfikri Darus berkata, enam mangsa terbaru dipindahkan pada jam 4 petang tadi selepas rumah mereka dinaiki air.
Katanya, daripada jumlah itu, 11 keluarga dari Mukim Padang Matsirat, manakala sebuah keluarga dari Mukim Kuah.
“Mangsa adalah daripada 11 keluarga membabitkan 28 lelaki dan 21 wanita yang dipindahkan ke pusat itu selepas ia diaktifkan mulai 8 malam kelmarin.
“Kampung yang terjejas termasuk Kampung Atas dan Limbung Putra dalam Mukim Padang Matsirat serta Kampung Buluh Penyumpit bagi Mukim Kuah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ikuti semua perkembangan mengenai banjir DI SINI!
Ahmad Shahfikri berkata, hujan mulai turun pada sebelah petang menyebabkan mangsa tidak dibenarkan pulang.
Katanya, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Langkawi juga sudah melakukan ujian saringan kesihatan termasuk COVID-19 bagi memastikan tahap kesihatan mangsa dalam keadaan baik.
Topic Berkaitan
#Banjir Langkawi
#mangsa meningkat
#angkatan pertahanan awam
#paras berbahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan