Skip to main content

Malaysia

Mangsa banjir di Sabah kekal 5,017 orang setakat 8 pagi ini

PAITAN, 22 Feb -- Peralatan mengajar yang musnah selepas banjir melanda Sekolah Kebangsaan Bawang K9 pada 19 Feb lalu ketika tinjauan hari ini.  Banjir yang menenggelamkan sekolah itu selama dua hari menyebabkan semua peralatan pembelajaran, buku-buku teks dan perabot rosak dan tidak dapat digunakan menjelang sesi persekolahan yang akan bermula esok.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Peralatan mengajar yang musnah selepas banjir melanda Sekolah Kebangsaan Bawang K9 di Paitan, Sabah, pada 19 Feb lalu ketika tinjauan 22 Feb. --fotoBERNAMA

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah yang berlindung di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah terjejas di Sabah kekal 5,017 orang setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah itu melibatkan mangsa dari 86 kampung yang terjejas akibat banjir.

Advertisement

“Jumlah mangsa banjir di Pitas, Paitan dan Tawau tidak berubah sejak malam tadi, iaitu masing-masing sebanyak 2,701 orang, 2,071 orang dan 245 orang," menurut kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah mengalami ribut petir pada sebelah pagi, petang dan malam ini.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video