KOTA KINABALU:Mangsa banjir di lapan daerah di Sabah meningkat kepada 791 orang setakat pagi ini.
Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, 13 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka setakat ini melibatkan daerah yang terjejas.
Antara daerah terbabit ialah Beaufort, Paitan, Kota Kinabalu, Kota Belud, Tuaran, Papar dan Tenom.
"Daerah Kota Belud mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi setakat ini seramai 239 orang diikuti Beaufort (217) dan Tuaran (119).
"Sebanyak 13 PPS juga masih dibuka setakat ini melibatkan lapan daerah tersebut," katanya.
Senarai kampung yang terlibat dengan insiden tanah runtuh pula direkodkan sebanyak tujuh kes setakat ini di seluruh Sabah.
Eleanor Michelle Patrick
Wed Jan 20 2021

Mangsa banjir di lapan daerah di Sabah meningkat kepada 791 orang setakat pagi ini. -Gambar fail

Kerajaan perlu tumpu usaha perbaiki polisi negara - Saifuddin
Kerajaan perlu berusaha ke arah memperkukuh polisi negara yang merujuk kepada kefahaman dan penghayatan dalam Perlembagaan Persekutuan serta Rukun Negara.

PKPD | Persiapan rapi memastikan kelancaran pelaksanaan
Persiapan rapi telah dilakukan bagi memastikan kelancaran perlaksanaan PKPD di kawasan skim penempatan semula sentosa, fasa 2. Ini termasuk menasihati dan menyediakan maklumat penduduk bagi bantuan bekalan makanan.

Vaksin COVID-19 | Uggah tidak menerima suntikan vaksin
Dr Chin turut mengesahkan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas tidak menerima suntikan vaksin COVID-19 hari ini. Menurutnya, Pengerusi JPBN Sarawak itu dinasihatkan tidak diberi vaksin untuk sementara waktu atas faktor kesihatan. Bagaimanapun kata Dr Chin, pihaknya menentukan temu janji baharu untuk Uggah disuntik pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Vaksin COVID-19 | Abang Jo terima suntikan vaksin di Petra Jaya
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini menjadi antara individu terawal di Sarawak yang menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech. Ia sebagai simbolik kepada pelancaran Program Imunisasi COVID-19 sarawak dengan fasa pertama melibatkan petugas barisan hadapan.

Vaksin COVID-19 | Gementar suntik pemimpin nombor 1 Sarawak
Hari ini, tugas perubatan dan pemberian vaksin cukup berbeza buat Ketua Jururawat Klinik Kesihatan Petra Jaya (KKPJ), Monica Aok. Ini kerana, dia merupakan jururawat yang terpilih untuk memberi suntikan vaksin COVID-19 kepada pemimpin nombor satu Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Perasaan gementar memang ada tetapi semuanya berjalan lancar dengan persiapan rapi yang dilakukan sejak sebulan lalu.

Vaksin COVID-19 | Samarahan sasar 120,000 penduduk
Berada di landasan tepat menuju sasaran 120 ribu penduduk Samarahan. Kini kira-kira 10 ribu penduduk telah mendaftar melalui pejabat daerah dan residen, bagi menyertai Program Imunisasi COVID-19 fasa kedua dan ketiga yang dijangka dilaksanakan bermula hujung Mac hingga Mei 2021. Jumlah ini bagaimanapun belum mengambil kira pendaftaran yang dilakukan melalui aplikasi MySejahtera.

Pahang sasar 70 peratus penduduk divaksin sebelum Mac 2022
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menjadi individu terawal di Pahang yang menerima suntikan vaksin PfizerBioNTech.

10 kluster baharu dikesan, empat daripadanya di Selangor - Dr Noor Hisham
Sebanyak 10 kluster baharu dikesan dengan lapan daripadanya melibatkan kluster tempat kerja.

Tiga lagi kawasan dikenakan PKPD, berikut lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri
Kerajaan melanjutkan PKPD di PPA dan Kuarters Kakitangan Batu Gajah, Kinta, Perak bermula 28 Februari sehingga 13 Mac nanti.

Lima tumpuan kenyataan Dr Noor Hisham hari ini
Kes jangkitan tertinggi direkodkan di Selangor sebanyak 633 kes, diikuti Perak (545), Johor (276), Kuala Lumpur (122) dan Pulau Pinang (93).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Selasa
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Banjir: Lebih 59,000 mangsa dipindahkan susulan ribut Dujuan di Filipina
Menurut Lembaga Atmosfera, Geofizik dan Perkhidmatan Astronomi Filipina hujan lebat dijangka di Camarines Norte, Quezon dan Aurora pada Selasa.

Banjir: Sekurang-kurangnya 5 maut di Jakarta
Jakarta dilanda hujan lebat berterusan yang menyebabkan puluhan jalan utama ditenggelami air.

Banjir Sarawak pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya selepas semua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat pagi Ahad.

KASA peruntuk RM15 juta atasi banjir di Pengerang
Peruntukan itu diberi setelah mengambil kira keadaan semasa dan jangkaan kemasukan pelabur di kawasan PIPC pada masa hadapan.

Banjir Jakarta: Banyak harta benda musnah, lebih 1,000 orang dipindahkan
Bencana banjir itu hadir ketika Indonesia masih bergelut dengan kes jangkitan dan kematian yang tinggi akibat COVID-19, selain cabaran ekonomi.

Banjir Sarawak: Jumlah mangsa banjir menurun setakat tengah hari Sabtu
Jumlah mangsa banjir di negeri Sarawak mencatatkan penurunan kepada 776 mangsa daripada 199 mangsa berbanding 858 daripada 258 keluarga yang dicatatkan pada jam 8.00 pagi Sabtu.

Banjir Sarawak: 858 mangsa dipindahkan ke 12 PPS
Dua pusat pemindahan sementara baharu dibuka iaitu di Dewan Serbaguna Kampung Entingan dan PPS Balai Raya Kampung Nangka, kedua-duanya di Samarahan.

Kuching, Lundu, Samarahan dilanda banjir kilat
Antara lokasi yang terjejas teruk adalah di kawasan Matang dan Batu Kawa.

Bersih Sungai Balun: Sultan Perak zahir penghargaan kepada Cikgu Ismail
Baginda bertitah, usaha membersihkan sungai itu daripada sampah sarap yang terperangkap bukan sahaja membantu pengaliran sungai bagi mengelakkan banjir.