KUALA LUMPUR:Sabah terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir, sementara Pahang dan Sarawak semakin pulih dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan, manakala Johor pulih sepenuhnya daripada bencana itu setakat petang ini.
Di SABAH, jumlah mangsa banjir setakat 4 petang tadi bertambah kepada 348 orang daripada 91 keluarga berbanding 176 mangsa melibatkan 43 keluarga pagi tadi, dengan kesemuanya ditempatkan di sembilan PPS.
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, daerah Kota Belud kembali dilanda banjir dengan 34 mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Tun Said, manakala Masjid Jamek di Kota Kinabalu menempatkan 62 orang dan 39 individu berada di PPS Dewan Likas.
"Tujuh lagi daerah dilanda banjir ialah Pitas dengan 45 orang dipindahkan, Beaufort (32 orang), Paitan (73), Putatan (25) dan Penampang (38), manakala Tuaran dan Papar tiada mangsa dipindahkan setakat ini.
"Bagaimanapun paras air banjir di Tuaran dan Papar terus meningkat petang ini dengan hujan masih berterusan dan amaran cuaca buruk telah dikeluarkan sepanjang hari ini. Trend pemindahan mangsa banjir dijangka terus meningkat," demikian menurut kenyataan itu.
Di PAHANG, banjir di Temerloh dan Bera pulih apabila tiga PPS terakhir di daerah tersebut ditutup petang ini.
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan PPS itu ialah Kolej Komuniti Temerloh yang menempatkan dua orang, manakala di Bera melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Charuk Puting (22 orang) dan Masjid Kampung Mengkarak (32 orang).
Perkembangan itu menjadikan jumlah mangsa banjir di Pahang setakat 2.30 petang ini ialah seramai 3,107 orang daripada 861 keluarga yang masih berada di 34 PPS, dengan Pekan mencatat jumlah tertinggi seramai 2,050 orang diikuti Kuantan (715 orang) dan Maran (342 orang).
Sementara di SARAWAK, jumlah mangsa banjir yang berada di PPS terus berkurangan dengan 1,208 mangsa setakat ini berbanding 1,870 orang pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam laporan terbaharunya berkata sebanyak 12 PPS masih beroperasi di tiga bahagian yang dilanda banjir sejak Rabu lepas.
Bahagian Serian merekodkan jumlah tertinggi melibatkan 1,088 orang di 10 PPS, diikuti Kuching (113 orang di sebuah PPS) dan Miri (7 orang di sebuah PPS).
Di JOHOR, keadaan banjir pulih sepenuhnya selepas operasi dua PPS terakhir, masing-masing di Segamat dan Batu Pahat, ditamatkan pada 2 petang tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R.Vidyananthan berkata kesemua 76 orang melibatkan 20 keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak, Segamat yang ditempatkan di PPS Sekolah Agama Gemereh dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
"Turut dibenarkan pulang ialah 17 orang daripada tiga keluarga dari Kampung Talang Bunut, Parit Raja di Batu Pahat yang ditempatkan di PPS SK Seri Bunut, Parit Raja," katanya dalam kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 17 2021

Penduduk di sekitar Pekan Donggongon Penampang melintasi jalan raya di bulatan Sigar yang dinaiki air berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam. - Bernama

Vaksin COVID-19: Sultan Selangor berkenan terima giliran selepas petugas barisan hadapan
Keutamaan pemberian vaksin COVID-19 ketika ini harus ditumpukan kepada petugas barisan hadapan, berikutan mereka berdepan risiko jangkitan yang lebih tinggi.

COVID-19: NPRA tanya 300 soalan, pastikan vaksin selamat, berkualiti - Khairy
NPRA merupakan sebuah badan bebas yang tidak menerima arahan daripada orang politik, misalnya dalam isu mempercepatkan proses kelulusan vaksin.

COVID-19: Kes positif global lebih 113.25 juta, kematian 2.51 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini lebih 113.25 juta.

Kecurian vaksin COVID-19 di Tennessee disiasat
Pesuruhjaya Kesihatan Tennessee mendedahkan telah meminta penguatkuasa undang-undang persekutuan menyiasat dakwaan kecurian dos vaksin koronavirus di negeri yang paling ramai penduduk berkenaan.

Petronas kekal komited bayar kerajaan dividen RM18 bilion
Petronas telah mengulangi komitmennya untuk membayar dividen sebanyak RM18 bilion kepada kerajaan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.

Vaksin COVID-19: Tindakan tegas jika hasut, sebar maklumat palsu - Polis
Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut rakyat supaya tidak mengambil vaksin COVID-19.

Henti melombong emas jika tiada lesen - MB Pahang
Mereka yang tidak mempunyai lesen untuk melombong emas termasuk di tanah milik sendiri, perlu menghentikan aktiviti tersebut.

Perlombongan Emas | Pahang pertimbang perkenalkan Skim Pelombong Kecil
Kerajaan negeri Pahang mempertimbangkan cadangan laksana Skim Pelombong Kecil (SPK) yang diselaraskan Pahang Mining Corporation Sdn Bhd (PMC). Ia bagi membantu penduduk terutamanya di Kuala Lipis, untuk melakukan aktiviti perlombongan emas secara sah.

Parlimen | Pastikan semak dan imbang dalam Dewan Rakyat
Ahli Parlimen, baik dari kerajaan, pembangkang, mahupun bebas, harus fokus sepenuhnya kepada perbincangan dan pendebatan berkaitan COVID-19 ketika Dewan Rakyat kembali bersidang. Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau khuatir ada pihak tertentu yang begitu mengharapkan sidang dibuka, tetapi bukan untuk semak dan imbang, sebaliknya menjadi ‘semak dan samun’.

COVID-19 | Norma baharu diteruskan walaupun sudah divaksin
Rakyat Malaysia harus terus mengubah suai tata hidup, walaupun sudah menerima vaksin. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara ini penting bagi mengelak jangkitan baharu.

Kolam takungan di setiap daerah atasi masalah banjir di Sabah - Bung Moktar
Ia menjadi tempat menyimpan air alternatif untuk digunakan apabila berlaku gangguan bekalan apabila berlakunya banjir atau musim kemarau.

Sabah perlu RM150 juta baik pulih jalan rosak - Bung Moktar
Bung Moktar berkata, peruntukan itu membabitkan lebih 100 jalan rosak termasuk jambatan runtuh akibat kejadian banjir.

Banjir Sabah: Hanya dua PPS di Kota Belud dan Beaufort masih dibuka
Hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka membabitkan daerah Kota Belud dan Beaufort, hari ini.

Mangsa banjir Sabah turun mendadak kepada 94 orang malam tadi
Hanya dua pusat pemindahan sementara masih dibuka iaitu Dewan Mohd Dun Banir di Beaufort dan Dewan Kampung Song-Song, Kota Belud.

Banjir Sabah: Bilangan mangsa di PPS semakin menurun
Jumlah PPS yang beroperasi setakat malam tadi kekal enam, membabitkan empat daerah.

Banjir di Sabah semakin pulih
Hanya empat daerah masih terkesan dengan banjir dan jumlah mangsa direkodkan seramai 413 orang setakat 8 malam tadi.

Banjir Sabah: Kerajaan sedang kenal pasti kerosakan infrastruktur akibat banjir - Jahid
Kerajaan negeri sedang mengenal pasti kerosakan infrasturktur di pedalaman Sabah yang terjejas akibat bencana banjir.

Banjir Sabah: PPS di Penampang dan Putatan ditutup, Kota Belud pula dibuka
Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Penampang dan Putatan ditutup selepas banjir dilaporkan surut sepenuhnya di dua daerah berkenaan.

Banjir Sabah: Pertambahan mangsa banjir di Beaufort, satu PPS dibuka
Jumlah mangsa banjir di 10 daerah terjejas di Sabah menunjukkan peningkatkan kepada 895 setakat pagi Selasa.

Banjir Sabah: Kota Belud catat jumlah mangsa tertinggi
Jumlah mangsa banjir di Sabah menunjukkan peningkatan seramai 836 orang melibatkan 237 keluarga setakat jam 8 malam Isnin.