KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah tidak berubah iaitu kekal seramai 6,732 orang daripada 2,293 keluarga setakat tengah hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan empat daerah yang terjejas banjir tidak menunjukkan penambahan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS).
Advertisement
Sebanyak 93 buah kampung di daerah Beaufort ditenggelami air banjir, Tenom (46 buah kampung), Sipitang (22 buah kampung) dan Membakut (16 buah kampung).
Kesemua mangsa ditempatkan di 32 pusat pemindahan sementara, yang dibuka sejak Rabu lepas menjadikan keseluruhan penduduk di 177 kampung di empat daerah itu tidak dapat melakukan aktiviti harian masing-masing.
Sementara itu Jabatan Meterologi Malaysia hari ini meramalkan kejadian ribut petir di beberapa tempat di kawasan pedalaman Sabah.
-- BERNAMA