awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Terengganu kekal 463 orang berlindung di dua PPS

Bernama
Bernama
31/01/2024
14:16 MYT
Mangsa banjir di Terengganu kekal 463 orang berlindung di dua PPS
Jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal 463 orang daripada 149 keluarga yang berlindung di dua PPS di Dungun setakat 8 malam ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal 463 orang daripada 149 keluarga yang berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun setakat 8 malam ini, menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Tinjauan di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula mendapati paras air beberapa sungai di Johor, Kedah, Pahang, Perlis dan Terengganu berada pada tahap bahaya setakat 8 malam ini.
Situasi itu melibatkan Sungai Johor di Kota Tinggi (Johor), Sungai Kedah di Kota Setar (Kedah), Sungai Pahang di Bera dan Cameron Highlands serta Sungai Rompin di Rompin (Pahang), Sungai Arau (Perlis) dan Sungai Terengganu di Hulu Terengganu (Terengganu).
NADMA turut memaklumkan 17 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak serta jalan dan cerun runtuh antaranya Jalan Boh di Cameron Highlands, Pahang; Jalan Petri Jaya di Kota Tinggi, Johor; Jalan Raya Timur Barat Kupang-Gerik Jeli di Hulu Perak, Perak dan Jalan Sungai Sok - Chucuh Puteri di Kuala Krai, Kelantan.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#PPS
#cerun runtuh
#mangsa banjir
#jambatan rosak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan