awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Terengganu kekal 473 orang - Nadma

Bernama
Bernama
30/01/2024
15:15 MYT
Mangsa banjir di Terengganu kekal 473 orang - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal 473 orang yang berada di dua PPS di Dungun setakat 8 malam tadi. - Gambar fail/APM Terengganu
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal 473 orang yang berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun setakat 8 malam tadi, menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Tinjauan di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula mendapati paras air beberapa sungai di Johor, Kedah, Pahang, Perlis, Sabah dan Terengganu berada pada tahap bahaya.
Situasi itu melibatkan Sungai Johor di Kota Tinggi (Johor), Sungai Kedah di Kota Setar (Kedah), Sungai Pahang di Bera dan Sungai Rompin di Rompin (Pahang), Sungai Arau (Perlis), Sungai Kinabatangan (Sabah) dan Sungai Terengganu di Hulu Terengganu (Terengganu).
NADMA turut memaklumkan 18 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak serta jalan dan cerun runtuh antaranya Jalan Petri Jaya di Kota Tinggi, Johor; Jalan Sungai Lembing di Kuantan, Pahang dan Jalan Sungai Sok - Chucuh Puteri di Kuala Krai, Kelantan.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#PPS
#jambatan rosak
#cerun runtuh
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan