awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir Kanowit di Ngungun kembali ke rumah panjang

Bernama
Bernama
27/03/2023
12:38 MYT
Mangsa banjir Kanowit di Ngungun kembali ke rumah panjang
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, susulan penutupan PPS tersebut, tiada PPS yang aktif pada masa ini. - Gambar fail/Jabatan Bomba dan Penyelamat Kanowit
SIBU: Pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna JKKK Ngungun di Kanowit, dekat sini, ditutup pada jam 1.30 tengah hari tadi selepas baki 62 mangsa banjir daripada 29 keluarga yang ditempatkan di situ kembali ke rumah panjang masing-masing.
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, susulan penutupan PPS tersebut, tiada PPS yang aktif pada masa ini.
Sebelum itu, seramai 15 mangsa dari PPS tersebut telah kembali ke rumah panjang mereka di sebelah pagi.
PPS itu dibuka pada 1.30 tengah hari semalam apabila Rumah Nyalong Indet dan Rumah Suzusie Lily Jenau di Nanga Baloh serta Rumah Langong di Nanga Bat dilanda banjir.
Ketiga-tiga rumah panjang itu terletak di tepian Sungai Ngemah yang melimpah selepas hujan tanpa henti sejak awal Sabtu lepas di kawasan Ulu Ngemah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir Kanowit
#Rumah panjang
#mangsa banjir
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan