KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat apabila mencatatkan seramai 351 mangsa daripada 91 keluarga yang ditempatkan di 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima daerah sejak semalam.
Menurut kenyataan Jabatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Pahang, lima daerah yang terjejas akibat banjir ialah Rompin, Maran, Raub, Pekan dan Jerantut.
"Satu penambahan PPS dibuka di Rompin, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Buluh Nipis yang menempatkan tujuh mangsa.
"Manakala PPS Balai Raya Kampung Rekoh menempatkan 122 mangsa, Dewan Orang Ramai Bukit Ibam (70), dan Balai Raya Bandar Perwira Jaya (7)," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Di Maran pula, PPS Balai Raya Jengka 6 menempatkan tujuh mangsa, manakala PPS Dewan Semai Bakti Chini 1, di Pekan menempatkan seramai 45 orang mangsa banjir daripada tujuh keluarga.
Sementara itu, seramai sembilan mangsa daripada empat keluarga dipindahkan ke PPS Kampung Kuala Keloi, di Raub.
"Di Jerantut, seramai 77 mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan ke PPS SK Felda Kota Gelanggi 1.
"Hujan lebat yang berterusan sejak semalam menyebabkan Sungai Siam di Jerantut melimpah sehingga menyebabkan beberapa buah rumah di Kota Gelanggi 1 dinaiki air," ujarnya.
Azee Shafy
Wed Mar 01 2023

Seramai 351 mangsa daripada 91 keluarga yang ditempatkan di 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima daerah sejak semalam. - APM Pahang

Monsun Timur Laut: JPBN Sarawak bersiap siaga hadapi bencana
Sarawak telah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir dan hujan lebat yang dibawa oleh angin Monsun Timur Laut.

Banjir: Satu PPS dibuka di daerah Kubang Pasu
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah Kubang Pasu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada enam keluarga.
Umpama mimpi jadi kenyataan buat anak yatim Iraq
Yayasan Rumah Iraq untuk Kreativiti ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 dengan tujuan untuk melindungi kanak-kanak gelandangan dan anak yatim di Baghdad.
Pasukan SAR teruskan usaha mencari mayat
Pasukan mencari dan menyelamat dari Libya dan Algeria meneruskan usaha mencari mayat mangsa banjir besar selepas dua empangan pecah pada dua minggu lepas.

Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London himpun pakar undang-undang bincang kes Sulu
Kolokium itu membawa bersama ilmu dan pengalaman rakan-rakan persidangan untuk menyampaikan penilaian akademik secara mendalam akan impak kes Sulu.

Piala Malaysia: Perak FC layak ke separuh akhir
Perak FC layak ke separuh akhir Piala Malaysia biarpun menang tipis 1-0 berdepan Sabah FC pada aksi suku akhir kedua piala berprestij itu di Stadium Perak, malam ini.
30 kumpulan koir akan menyanyi di Pesta Antarabangsa Samaa
Perayaan lagu tahunan yang bermula pada Jumaat nanti akan berlangsung di North Wall Theatre di Kaherah.
EU bimbang pengambil alihan booking jejas pasaran
Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin mengambil keputusan untuk menyekat agensi pelancongan dalam talian terkemuka Amerika Syarikat, Booking holdings daripada mengambil alih syarikat tempahan penerbangan Sweden, Etraveli Group.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.
Ketua mafia Messina Denaro meninggal dunia
Ketua Mafia yang paling dikehendaki di Itali, Matteo Messina Denaro yang diberkas pada Januari selepas menjadi pelarian selama 30 tahun meninggal dunia.
Polis kutip RM302 juta, Januari hingga Ogos
Polis merekodkan kutipan kompaun lebih RM300 juta membabitkan 3.8 juta saman bagi lapan bulan pertama tahun ini.

Mangsa banjir meningkat di Pahang
Menurut Jabatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Pahang, lima daerah yang terjejas akibat banjir ialah Rompin, Maran, Raub, Pekan dan Jerantut.

Mangsa banjir di Pahang turun mendadak, hanya 232 berada di PPS
Jumlah mangsa banjir di Pahang menurun dengan drastik iaitu daripada 2,797 orang kepada 232 orang hari ini.

Banjir Pahang: Bilangan mangsa bertambah, paras sungai utama tunjuk trend peningkatan
Bilangan mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 97 orang petang ini, berbanding tujuh orang pagi tadi, dengan paras beberapa sungai utama menunjukkan trend peningkatan.

Mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Kelantan terus meningkat malam ini
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang terus mencatatkan peningkatan malam ini berbanding petang tadi.

Banjir memburuk, bilangan mangsa di Pantai Timur terus meningkat
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang mencatatkan peningkatan pada sebelah petang hari ini berbanding pagi tadi, manakala jumlah mangsa di Johor tidak berubah.

Banjir Pahang: Jumlah mangsa meningkat kepada 537 di lima daerah
APM Pahang dalam satu kenyataan berkata, ia membabitkan lima buah daerah iaitu Lipis, Temerloh, Bera, Jerantut dan Raub.

Kanak-kanak, guru tadika terperangkap akibat banjir
Seramai lapan kanak-kanak dan dua guru dari sebuah tadika Gambang di sini, yang terperangkap akibat banjir berjaya dikeluarkan anggota bomba dari kawasan berkenaan, hari ini.

Banjir: Penduduk belum sedia pulang, masih trauma bah besar
Penduduk Kampung Baru Sungai Perdak masih belum bersedia untuk pulang ke rumah masing-masing meskipun sebahagian besar puing kayu yang membadai kampung itu telah dialihkan.

Banjir di Pahang pulih sepenuhnya
Gelombang kedua banjir pada 31 Dis lepas, yang bermula di daerah Raub, pula menyaksikan 3,293 orang daripada 911 keluarga ditempatkan di 72 PPS di lapan daerah.

Lebih 17,000 haiwan ternakan, peliharaan di Pahang mati akibat banjir
Kerugian berkenaan melibatkan 100 pemilik dan penternak yang kebanyakan berada di daerah Kuantan, Bentong dan Pekan.