awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir Perak meningkat kepada 80 orang

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
17/12/2023
00:45 MYT
Mangsa banjir Perak meningkat kepada 80 orang
Mangsa banjir di Changkat Jong meningkat kepada 80 orang awal pagi ini, berbanding hanya 30 orang pada sebelah petang semalam. - Gambar fail
IPOH: Mangsa banjir di Changkat Jong meningkat kepada 80 orang awal pagi ini, berbanding hanya 30 orang pada sebelah petang semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kawasan terjejas juga bertambah kepada enam, berbanding hanya tiga di sebelah petang semalam.
Menurutnya, selain Batu 9, Lorong Kedah dan Lorong Belakang Klinik, tiga kawasan lagi yang terjejas ialah Lorong Sidang Osman, Batu 7 & 8 dan Lorong Imam Khairi.
“Bagaimanapun, trend air menurun di semua kawasan yang terlibat pagi ini,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya lagi, kesemua mangsa adalah daripada 25 keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Padang Tembak.
Semalam, Perak kembali dilanda banjir apabila sebuah PPS dibuka petang tadi susulan hujan lebat berterusan.
PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak dibuka pada 6 petang untuk menempatkan 30 mangsa daripada tujuh keluarga yang dipindahkan dari kawasan Batu 9, Lorong Kedah dan Lorong Belakang Klinik di Changkat Jong.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Perak bagaimanapun memaklumkan tiada jalan ditutup atau terputus hubungan akibat bencana itu.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir Perak
#mangsa banjir
#Pusat Pemindahan Sementara
#Changkat Jong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan