Skip to main content

Malaysia

Mangsa banjir Sabah 338 orang pagi ini

81761925020_PPSNadmaBanjir.jpg
Kesemua mangsa kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Selagon yang dibuka pada 3 petang, Selasa, 19 Mei. - Foto fail/Nadma

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Beaufort tidak banyak berubah iaitu 338 orang daripada 121 keluarga pada 8 pagi ini, berbanding 336 orang daripada 119 keluarga pada 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Selagon yang dibuka pada 3 petang, Selasa, 19 Mei.

Kenyataan itu memaklumkan daripada jumlah dipindahkan itu, sebanyak 183 orang golongan dewasa serta warga emas. manakala 155 lagi ialah kanak-kanak dan bayi.

“Kampung terjejas akibat banjir meningkat kepada 11 kampung pagi ini, berbanding 10 kampung malam tadi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement