awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir Terengganu berkurangan, daerah Kemaman pulih

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
02/01/2022
02:25 MYT
Mangsa banjir Terengganu berkurangan, daerah Kemaman pulih
Banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu sejak Khamis menyaksikan daerah Kemaman dan Dungun kembali terjejas. - Foto Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di Terengganu semakin pulih pagi ini dengan jumlah mangsa terus menunjukkan penurunan kepada seramai 137 yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).
Setakat jam 10 pagi ini, hanya daerah Dungun yang masih terjejas manakala daerah Kemaman telah pulih, menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu.
Seramai 10 mangsa daripada dua keluarga yang ditempatkan di PPS Kampung Ban Ho, Kemaman, sejak Jumaat, telah pulang ke kediaman masing-masing pada jam 8 pagi ini.
Di Dungun, seramai 22 keluarga melibatkan 69 mangsa masih ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja.
Pada masa sama, 68 mangsa daripada 20 keluarga berada di PPS Kampung Shukor.
Keadaan cuaca dilaporkan mendung dan berangin, dengan hujan renyai di beberapa kawasan pagi ini.
Banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu sejak Khamis menyaksikan dua daerah, iaitu Kemaman dan Dungun, kembali terjejas.
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#banjir terengganu
#Dungun
#Kemaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan