awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir yang ingin pulang dinasihat minta kebenaran JPBD terlebih dahulu

Bernama
Bernama
08/01/2024
11:16 MYT
Mangsa banjir yang ingin pulang dinasihat minta kebenaran JPBD terlebih dahulu
Mangsa banjir yang ingin pulang ke rumah dinasihat supaya mendapatkan kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) terlebih dahulu. - Gambar hiasan/BERNAMA
KLUANG: Mangsa banjir yang ingin pulang ke rumah dinasihat supaya mendapatkan kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) terlebih dahulu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor Khairin-Nisa Ismail@Md On berkata selepas ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), kebenaran untuk pulang ke rumah perlu dirujuk kepada JPBD.
Beliau berkata ini kerana jika mereka pulang dan air naik semula, mereka perlu berpindah buat kali kedua ke PPS selain dibimbangi menjejaskan keselamatan mangsa terbabit.
"Kebenaran juga bergantung kepada situasi semasa iaitu setelah banjir sudah benar-benar surut dan tidak lagi berlaku hujan lebat dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas melawat PPS Dewan Majlis Daerah Simpang Renggam dan PPS Masjid Kampung Tengah di Renggam hari ini.
Khairin-Nisa juga berharap mangsa banjir yang ditempatkan di PPS dapat bersabar dan menunggu arahan pihak JPBD sebelum balik ke rumah mereka.
"Sama-samalah kita berdoa dan berharap yang musibah ini akan berakhir dan mereka yang berada di PPS dapat balik secepat mungkin," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#pulang
#minta kebenaran JPBD
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan