Susulan insiden kekecohan di Kompleks Kota Raya di ibu negara pada Ahad, kini lebih ramai mangsa penipuan tampil untuk menuntut hak mereka.
Mereka dibantu kakitangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang mula bertugas di kaunter khas kompleks itu.
Tinjauan kami juga mendapati sebanyak tujuh premis penjualan telefon bimbit di tingkat bawah kompleks ini telah ditutup.
Manakala, jumlah pengunjung juga semakin berkurangan.
Beberapa mangsa penipuan yang ditemui mengadu modus operandi jurujual terbabit ialah menawarkan telefon bimbit bernilai RM300 kepada mereka.
BACA: Lapor sebarang kes penipuan perdagangan - Najib
Menurut mangsa penipuan yang hanya mahu dikenali sebagai Jasmine, 53, beliau membayar RM300 bagi telefon bimbit namun harga itu terus meningkat.
"Lepas daftar nama saya, jurujual itu memberi saya satu resit dengan harga RM899 jenis Android tambah lagi dengan pelbagai alasan dengan jumlah RM1999 dan jumlah penuh perlu saya bayar ialah RM2,738.
"Saya memang terkejut daripada RM300 menjadi RM2,000. Jurujual itu menerangkan harga itu hanya bagi housing (sarung) telefon dan harga lain ialah bagi telefon itu. Saya terus jelaskan tidak ada wang namun RM300 tidak dikembalikan," katanya ketika ditemui di sini.
Seorang lagi mangsa warga Indonesia yang dikenali sebagai Vivienne, 43, berkata dirinya seringkali ditipu apabila menghantar telefon bimbitnya untuk menuntut sijil jaminannya.
"Saya kena tipu kerana jurujual itu cakap telefon saya tidak dapat diperbaiki lagi padahal ia masih mempunyai warantinya selama dua tahun.
"Jurujual itu berkata sekiranya saya perlu memperbaiki telefon bimbit itu perlu membayar semula RM300 namun saya tak mampu dan saya hanya perlu bayar RM100. Telefon bimbit itu masih tidak dapat dipakai dan saya ditipu lagi sampai saya menangis," katanya.
Manakala seorang lagi mangsa, Redowan, 22 tahun warga Bangladesh yang telah berkerja di sini dua bulan berkata beliau membayar RM600 dan diberi resit namun telefon bimbitnya hanya boleh diambil tiga bulan kemudian.
"Kerana masalah bahasa saya ditipu dan hari ini saya datang semula menuntut telefon bimbit saya namun kedai itu sudah ditutup. Saya terus membuat aduan di kaunter khas KPDNKK dan memohon agar tindakan diambil kepada mereka," katanya di sini.
Kaunter khas KPDNKK telah dibuka di kompleks ini yang beroperasi sehingga jam 11 malam setiap hari bagi membantu mangsa terbabit membuat aduan mereka.
Dalam kejadian pada Ahad, sekumpulan lelaki dipercayai pelanggan dan jurujual telefon bimbit bergaduh menyebabkan pengurusannya menutup kompeks itu.
Anthea Yap
Tue Dec 22 2015
Kaunter khas KPDNKK telah dibuka di kompleks ini yang beroperasi sehingga jam 11 malam setiap hari bagi membantu mangsa terbabit membuat aduan mereka. - Foto Astro AWANI
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Warga kota pulang beraya, warga asing 'takluk' ibu kota
Warga asing dari Bangladesh, Indonesia dan Myanmar dilihat bertumpu di lokasi hotspot seperti Pasar Seni, Plaza Kota Raya dan Kuala Lumpur City Centre (KLCC).
Sembilan aduan penipuan peniaga Kota Raya diterima
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) setakat ini sudah menerima 9 aduan daripada pengguna berhubung penipuaan penjualan telefon bimbit di Kompleks Kota Raya.
Penjaga parkir dipenjara empat hari kerana ugut jurujual di Plaza Kota Raya
Seorang penjaga parkir dijatuhi hukuman penjara empat hari dan denda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengugut lima jurujual kedai telefon dalam satu pergaduhan di Plaza Kota Raya.
Ali Tinju dibebas dengan jaminan polis
Veteran tentera Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju yang ditahan reman sejak semalam dibebaskan dengan jaminan polis.
Mangsa penipuan tampil tuntut hak di Kompleks Kota Raya
Susulan insiden kekecohan di Kompleks Kota Raya di ibu negara pada Ahad, kini lebih ramai mangsa penipuan tampil untuk menuntut hak mereka.
Insiden Kota Raya: Ali Tinju direman dua hari
Mohd Ali Baharom, yang juga dikenali sebagai Ali Tinju, direman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan polis mengenai kenyataan berbaur hasutan.
Ali Tinju ditahan polis
Polis telah menahan Mohd Ali Baharom, 44, atau lebih dikenali Ali Tinju susulan kenyataan yang dibuat di hadapan kompleks beli belah Kota Raya pada Jumaat lalu.
Lapor sebarang kes penipuan perdagangan - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang kes penipuan perdagangan supaya tindakan dapat diambil.
Polis nafi ibu kepada kanak-kanak mangsa bunuh ditahan reman
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata Siti Salmy Suib kini dipercayai berada di rumah ayahnya di Petaling Jaya.
Hikayat seorang gelandangan disebalik wajah kemajuan
Nasib yang sama turut dialami Eng Tek Shoi, 60, menjadikan kaki tangga di pinggir Bangunan Kota Raya sebagai tempat tidurnya saban malam.