awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan ahli Bersatu mahu masuk DAP: Cerminan kebebasan berpolitik - Penganalisis
PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media - Fahmi
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa simbahan asid jalani pembedahan keempat

Bernama
Bernama
28/05/2025
14:45 MYT
Mangsa simbahan asid jalani pembedahan keempat
Menurut suami mangsa Muhammad Syahrul Ikhwan Seri Buana, isterinya dimasukkan ke wad pembedahan kira-kira pukul 6 petang. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Mangsa simbahan asid dalam kejadian berhampiran sebuah kedai serbaneka di Beris Kubur Besar, Bachok, pada 17 Mei lalu, sekali lagi terpaksa menjalani pembedahan di bahagian tubuh yang tercedera hari ini.
Menurut suami mangsa Muhammad Syahrul Ikhwan Seri Buana, isterinya dimasukkan ke wad pembedahan kira-kira pukul 6 petang.
"Ini merupakan pembedahan kali keempat. Saya sendiri tidak tahu keadaan sebenar, namun dimaklumkan doktor akan memeriksa semua bahagian yang terkena cecair dipercayai asid itu.
"Buat masa ini saya hanya mampu berdoa agar isteri segera sembuh dan dapat pulang ke pangkuan keluarga," katanya ketika dihubungi.
Pasangan itu mempunyai tiga anak perempuan berusia antara satu hingga tujuh tahun.
Dalam kejadian tersebut, pemilik spa, Nor Faziera Muda, cedera selepas disimbah cecair dipercayai asid oleh tiga individu tidak dikenali.
Susulan kejadian itu, polis menahan dua suspek iaitu seorang wanita berusia 38 tahun dan seorang lelaki berusia 45 tahun di sebuah kilang getah di Kuala Krai, tempat mereka bekerja.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, sebelum ini memaklumkan, sampel cecair dipercayai asid di lokasi kejadian serta bahan kimia di tempat kerja suspek sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian padanan.
Beliau berkata siasatan masih dijalankan termasuk usaha mengenal pasti seorang lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam serangan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa simbahan asid
#Pembedahan
#Muhammad Syahrul Ikhwan Seri Buana
#Nor Faziera Muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan