Jenazah rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Hatyai, Thailand Isnin lepas selamat dikebumikan di tanah perkuburan masjid Sungai Pinang, di sini 1.45 pagi tadi.
Mohd Nizam Ahmad Basrah, 28 dilaporkan ditembak mati di Jalan Phadungpakdee, Hatyai.
Bapa Nizam, Ahmad Basrah Awang, 49 dan keluarganya telah pergi ke Hatyai petang semalam untuk mengambil jenazah dari hospital di sana.
"Saya amat berterima kasih dengan Kerajaan Thailand dan pihak berkuasa di sana yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya untuk membawa balik jenazah anak saya," katanya sambil menahan sebak.
Dia juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menghulurkan bantuan kepadanya dalam menghadapi keadaan itu.
BACA: Lelaki warga Malaysia mati ditembak di Hatyai
Kali terakhir Ahmad Basrah melihat anaknya ialah pada bulan lepas semasa arwah pulang untuk melawat neneknya.
"Saya rapat dengannya tetapi kini saya perlu menerima segala apa yang berlaku dengan hati yang terbuka, katanya.
Nizam yang tinggal bersama neneknya sejak kecil selepas Ahmad Basrah menikah semula, mempunyai empat orang lagi adik-beradik.
Saadiah Abu, 80 yang telah membesarkan Nizam sejak berusia dua bulan selepas ibunya meninggal dunia, berkata dia kehilangan permata dalam hidupnya.
"Tiada perkataan yang dapat menerangkan betapa sunyinya saya rasa sekarang kerana hanya kami berdua sejak dahulu. Kini dia telah tiada, saya terasa kehilangannya," katanya dalam linangan air mata.
Nizam memberitahu neneknya bahawa dia telah bekerja dengan seorang rakyat Malaysia berpangkat Datuk di Singapura awal tahun ini tetapi tiada dalam kalangan keluarganya yang menyedari pemergiannya ke Hatyai atas sebab tertentu.
Anggota Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah yang melawat kediaman arwah mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung dan Konsulat Malaysia di Thailand yang membantu mempercepatkan proses membawa pulang jenazah.
Polis Hatyai menemukan mayat Nizam yang ditembak mati semasa menunggang motosikal ke hotel penginapannya dan polis kini sedang mengenal pasti pemilik motosikal dan meneliti rakaman kamera litar tertutup diperoleh daripada premis berdekatan untuk mengenal pasti pembunuh.
Bernama
Wed May 18 2016
Polis Hatyai menemukan mayat Nizam yang ditembak mati semasa menunggang motosikal ke hotel penginapannya baru-baru ini.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Penganalisis
Pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Niaga AWANI: Melengkapkan pekerja dengan kemahiran masa hadapan
Sertai perbincangan bersama Faizal Ridzuan, Perunding Sumber Manusia, mengenai risiko yang dihadapi oleh pekerja yang tidak mempunyai kemahiran masa depan yang diperlukan, termasuk aspek kecerdasan buatan (AI), serta impaknya terhadap keputusan pekerjaan dan keperluan pembangunan kemahiran.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Telegram sasar capai 1 bilion pengguna aktif bulanan tahun ini
Buat masa ini, perkhidmatan permesejan berkenaan mempunyai sekitar 900 juta pengguna aktif bulanan.
Niaga AWANI: Prestasi Bursa Malaysia setakat 18 April 2024
Indeks petunjuk pasaran itu yang dibuka tinggi naik 0.05 mata kepada 1,535.05, bergerak antara paras 1,532.95 dan 1,541.88 sepanjang sesi dagangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mangsa tembak di Hatyai selamat dikebumikan
enazah rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Hatyai, Thailand Isnin lepas selamat dikebumikan di tanah perkuburan masjid Sungai Pinang, di sini 1.45 pagi tadi.