awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa tidak dibuli, gunting lidah sendiri - Polis

Astro Awani
Astro Awani
31/03/2016
06:43 MYT
Mangsa tidak dibuli, gunting lidah sendiri - Polis
Kes ini dianggap selesai kerana tiada kaitan dengan kes buli seperti yang didakwa sejak kes ini dilaporkan pada 25 Mac lalu. - Gambar fail
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat mengesahkan kes menggunting lidah oleh seorang murid Tahun Dua di Selangor baru-baru ini tidak melibatkan kes buli.
Sebaliknya, kanak-kanak itu cedera di bahagian lidah kerana bermain gunting milik rakan sekelasnya.
Malah, Abdul Samah memaklumkan tiada bukti diperoleh bagi mengesahkan dakwaan kononnya murid itu dipaksa oleh rakannya supaya menggunting lidah.
"Pelajar ini bermain sendiri dengan gunting tersebut semasa berbuat demikian telah terkena lidahnya dan mengakibatkan lidahnya terluka dan berdarah," kata Abdul Samah dalam satu sidang media di sini, hari ini.
BACA: Gunting lidah: Muhamad Alif semakin pulih, tetapi masih trauma
BACA: Kementerian Pendidikan serah kepada polis
Tambahnya, kes ini dianggap selesai kerana tiada kaitan dengan kes buli seperti yang didakwa sejak kes ini dilaporkan pada 25 Mac lalu.
Laporan guru sekolah terbabit juga menunjukkan tiada murid lain terlibat dalam kes ini.
"Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan laporan hasil siasatan yang diberi semalam," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Datuk Abdul Samah Mat
#gunting lidah
#Muhamad Alif Shukran Alias
#potong lidah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan