awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa ugutan samseng mohon bantuan polis

Astro Awani
Astro Awani
10/06/2015
08:39 MYT
Mangsa ugutan samseng mohon bantuan polis
FONG: Individu-individu terbabit datang rumah saya dan kacau kami sekeluarga.
Seorang mangsa ugutan bunuh samseng jalanan di Ipoh memohon bantuan polis agar segera mengambil tindakan terhadap individu terlibat sambil mendakwa keselamatan seluruh keluarganya kini berada dalam keadaan bahaya.
Mangsa, Goh Ken Fai yang merupakan pelajar Tingkatan Satu di SMK Bercham berkata, dia mendapat pelbagai ugutan selain ancaman bunuh berikutan satu kes salah faham yang berlaku pada 27 Mei lalu.
Jelasnya, dia pada ketika itu sedang bergaul dan bergurau senda bersama rakan sekolahnya sebelum tangannya terkena bahagian dada seorang perempuan.
Ken Fai berkata, pada keesokan hari ibunya telah datang ke sekolah untuk menyelesaikan hal tersebut dan dia telah dirotan sebanyak tiga kali.
Malangnya, perkara tersebut tidak berakhir di situ apabila perempuan berkenaan bersama rakan-rakannya telah menunggu untuk memberi ugutan kepada mangsa.
Menurut Ken Fai, seorang lelaki daripada kumpulan tersebut kemudian bertindak menolaknya dengan kuat sebelum mengeluarkan ugutan bunuh kepadanya kerana tidak berpuas hati dengan insiden yang terjadi kepada adik perempuannya.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila abangnya, Goh Kern Chern, 15, menerima mesej pesanan ringkas melalui aplikasi WeChat yang menyebut bahawa seseorang telah mengupahnya untuk memotong tangan mangsa.
Jelasnya, dia turut trauma dengan kejadian di mana sekumpulan samseng menaiki 30 buah motosikal dan tiga kenderaan telah datang berkumpul di hadapan sekolah dan membawa kayu, mengancam untuk memukulnya walaupun pada ketika itu ditemani oleh kedua ibu bapanya.
Emak kepada kedua beradik malang itu, Fong Kah Leng, 36, berkata dia turut mendapat cemuhan dan sindiran daripada masyarakat sekitar kawasan Bercham berikutan insiden salah faham yang berlaku di SMK Bercham melibatkan anak-anaknya.
Sementara itu, pegawai pusat khidmat Barisan Nasional (BN), Mohd Rawi Abdullah berharap pihak polis dapat mengambil tindakan berhubung perkara ini secepat mungkin.
“Kes ini telah berlarutan selama dua bulan. Mangsa sekeluarga kini mendapat banyak ugutan walaupun ketika berada di rumah.
"Mana-mana mereka pergi pun ada orang cakap pasal kes ini di Bercham,” katanya dalam sidang media di pusat khidmat aduan BN di Canning Garden di sini hari ini.
Topic Berkaitan
#Goh Ken Fai
#Goh Kern Chern
#samseng
#SMK Bercham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan