awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mansuh hukuman mati untuk semua kesalahan jenayah

Bernama
Bernama
15/10/2018
11:55 MYT
Mansuh hukuman mati untuk semua kesalahan jenayah
Pemansuhan hukuman mati mandatori akan meliputi semua kesalahan walaupun terdapat bantahan daripada beberapa pihak termasuk keluarga mangsa pembunuhan. - Gambar hiasan
Pemansuhan hukuman mati mandatori akan meliputi semua kesalahan walaupun terdapat bantahan daripada beberapa pihak termasuk keluarga mangsa pembunuhan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.
Beliau berkata orang ramai perlu memahami bahawa walaupun hukuman mati itu dihapuskan, mereka yang disabitkan kesalahan tetap akan dihukum dan tidak dibebaskan.
"Saya dapat memahami (perasaan) keluarga mangsa bahawa ia sangat menyakitkan tetapi ia adalah hasrat kerajaan untuk menghapuskan hukuman mati sepenuhnya.
"Kita tidak boleh memilih dengan menghapuskan hukuman mati hanya untuk satu kesalahan dan tidak menghapuskan untuk kesalahan lain. Kami mahu menghapuskan semua hukuman mati, " katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Katanya sehingga kini terdapat 1,267 banduan yang disenaraikan untuk menjalani hukuman mati.
Liew berkata beliau juga sedang memuktamadkan beberapa perkara sebelum membentangkan rang undang-undang untuk menghapuskan hukuman mati itu di Parlimen.
Topic Berkaitan
#Datuk Liew Vui Keong
#hukuman mati
#mandatori
#Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan