KUCHING: Pemansuhan prosedur 'enterSarawak’ dan ujian calitan bagi rakyat Sarawak yang ingin pulang ke negeri itu membuktikan rintihan mereka didengari kerajaan negeri.
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata demikian sebagai mengulas keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) kemasukan ke negeri ini berkuat kuasa, esok.
“Ini adalah satu tindakan yang baik, ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri dan juga JPBN Sarawak prihatin tentang kehendak serta apa yang dimahukan rakyat.
‘’Jadi ini juga menunjukkan sebuah kerajaan yang baik dan sentiasa mendengar keluhan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian di Hangar Hornbill Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching selepas mengiringi Menteri Pelancongan Seni, dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri dalam lawatan kerja Visit MyKampung Ke Homestay Uma Belor Sungai Asap, Belaga di Kapit pada Ahad.
Dalam pada itu, Abdul Karim menyifatkan kelonggaran kemasukan yang mengutamakan rakyat Sarawak adalah memadai ketika ini.
“Walaupun kemasukan atau kelonggaran itu diberikan kepada rakyat Sarawak, tetapi bagi saya itu memadai ketika ini kerana saya difahamkan daripada maklum balas yang diterima, terlalu ramai rakyat Sarawak yang nak balik namun terhalang susulan prosedur ini (enterSarawak).
“Saya percaya ia akan terus dibuka kepada rakyat Malaysia selepas sebulan atau dua bulan mendatang, mengikut keadaan semasa COVID-19 atau apabila negara sudah memasuki fasa endemik,” tambahnya.
BACA: Bukan warga Sarawak masih perlu mohon EnterSarawak - JPBN
Antara lain, Abdul Karim berkata kelonggaran ini juga akan memudahkan urusan anak Sarawak untuk pulang mengundi sekiranya Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) dilaksanakan dalam masa terdekat.
“Itu saya tidak melihatnya dari perspektif pilihan raya kerana kita tidak tahu bila lagi pilihan raya.
“Sekiranya pilihan raya diadakan pada masa terdekat, Alhamdulillah, lagi elok dengan tidak ada sekatan.
‘’Sekurang-kurangnya rakyat Sarawak yang tinggal di Semenanjung ataupun di Sabah akan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia untuk mengundi,” katanya lagi.
Fadilah Sulaiman
Sun Oct 17 2021

Abdul Karim menambah beliau tidak melihat kelonggaran itu daripada perspektif pilihan raya memandangkan beliau tidak tahu bila PRN12 akan diadakan. FOTO: Astro AWANI

Lelaki warga emas maut dibunuh, lima lelaki ditahan
Helmi berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada 3.22 petang Ahad mengenai insiden pergaduhan di pondok itu.

Maldives pelawa syarikat Malaysia teroka peluang pelaburan sektor strategik - Presiden
Maldives mempelawa syarikat-syarikat Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan baharu dalam sektor strategik susulan pembaharuan undang-undang di negara itu dalam usaha menarik pelabur asing.

YDF 2025 anjuran PRactitioners tingkat daya saing dalam bidang perhubungan awam
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata komunikasi strategik kini menjadi keperluan utama dalam pembangunan negara dan pertumbuhan generasi baharu.

AS tidak akan mengabaikan suara kolektif ASEAN - Penganalisis
Amerika Syarikat (AS) dijangka tidak akan membiarkan dasar mengenai kadar tarif yang tidak munasabah ke atas negara-negara ASEAN berterusan.

Malaysia, Vietnam sepakat teruskan bantuan kemanusiaan di Myanmar tanpa sekatan
Katanya, adalah penting supaya semua pihak meneruskan gencatan senjata bagi memastikan keselamatan pekerja bantuan kemanusiaan.

Kerajaan disaran guna firewall tapis aplikasi AI tidak selamat
Pembangunan AI perlu mematuhi peraturan keselamatan yang ketat dan tidak hanya bergantung kepada kawalan luaran.

'Scammer' sasar pesara, profesional, kerugian hampir RM9 juta di Kelantan
Kes jenayah penipuan dalam talian atau scam di Kelantan menunjukkan peningkatan berikutan kejadian yang berlaku hampir setiap hari, dengan nilai kerugian mencecah RM8.79 juta.

Terdapat keperluan tambah mesin pengimbas kargo - Kastam
Terdapat keperluan untuk menambah mesin pengimbas kargo di pelabuhan utama negara, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.

Kerajaan negeri disaran gubal undang-undang perkongsian data - Gobind
Kerajaan negeri digalakkan untuk menggubal undang-undang menyerupai Akta Perkongsian Data 2024 yang berkuat kuasa hari ini bagi memperluas usaha perkongsian data di seluruh negara.

PM Vietnam, Malaysia adakan perbincangan telefon mengenai perkembangan dua hala, serantau
Anwar memaklumkan mengenai inisiatif Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini dalam menangani isu-isu serantau yang turut dibincangkan dalam perbualan mereka pada 6 April lepas.

COVID-19: JPBNS umum peraturan baharu masuk ke Sarawak
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini menggariskan beberapa peraturan baharu masuk ke negeri itu susulan peningkatan jumlah kes positif COVID-19 di Sabah.