awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAPIM sertai persidangan NGO antarabangsa di Dubai

Bernama
Bernama
09/03/2023
21:30 MYT
MAPIM sertai persidangan NGO antarabangsa di Dubai
MAPIM akan menyertai Persidangan Bantuan dan Pembangunan Kemanusiaan Antarabangsa Dubai (DIHAD 2023).
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akan menyertai Persidangan Bantuan dan Pembangunan Kemanusiaan Antarabangsa Dubai (DIHAD 2023) di Pusat Dagangan Dunia Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 13 hingga 15 Mac ini.
MAPIM dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan persidangan edisi ke-19 itu bertemakan 'Tenaga dan Bantuan: memanfaatkan sumber yang ada'.
Menurut MAPIM, DIHAD 2023 akan menampilkan 50 pakar dalam bidang kemanusiaan, mengadakan topik perbincangan penting dalam enam sesi utama,16 bengkel inovatif bagi memberi pandangan dan latihan penting dalam bidang tenaga serta bantuan.
"MAPIM merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di Malaysia yang memberi tumpuan kepada bantuan kemanusiaan, pengumpulan dana, pengurusan bencana dengan kepentingan tempatan dan antarabangsa," menurut kenyataan itu.
Persidangan tiga hari itu diadakan di bawah naungan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
Lebih 8,200 peserta dari 110 negara termasuk 828 NGO dijangka menghadiri DIHAD 2023 yang menghimpunkan NGO terkemuka, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pertubuhan amal dan badan kerajaan.
"DIHAD 2023 turut disokong oleh Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Amal, Liga Muslim Dunia, Amanah Kebajikan Al Mustafa serta banyak lagi," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAPIM
#persidangan NGO antarabangsa
#DIHAD 2023
#Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan