awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAQIS Kedah rampas petai 'satu lori'

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
26/09/2019
07:50 MYT
MAQIS Kedah rampas petai 'satu lori'
MAQIS telah menahan sebuah lori yang membawa keluaran pertanian iaitu petai yang tidak mematuhi syarat import sebagaimana yang dinyatakan dalam perakuan. - Foto Astro AWANI
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Negeri Kedah menggagalkan dan merampas petai yang dianggarkan seberat 1,000 kilogram yang dibawa masuk oleh pengimport melalui laluan kargo di Kompleks ICQS Durian Burung, Kedah secara tidak sah.
Dalam pemeriksaan tersebut, pihak MAQIS telah menahan sebuah lori yang membawa keluaran pertanian itu yang tidak mematuhi syarat import sebagaimana yang dinyatakan dalam perakuan.
Menurut Pengarah MAQIS Negeri Kedah, Lily Rosalind A/P Paul Pakianathan, pihaknya telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 kepada pengimport tersebut setelah mendapat kebenaran Timbalan Pendakwa Raya serta peringatan kepada pengimport tersebut atas kesalahan tidak mematuhi syarat import sebagaimana yang dinyatakan dalam perakuan.
Tambahnya lagi, perbuatan mengimport tanpa mematuhi syarat import adalah menjadi suatu kesalahan dibawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta728) boleh dihukum dibawah Seksyen 15(2), Akta yang sama.
Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan jaminan keselamatan makanan negara terpelihara. - Foto Astro AWANI
Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan jaminan keselamatan makanan negara terpelihara. - Foto Astro AWANI
Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali.
Kata Lily Rosalind lagi, tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan jaminan keselamatan makanan negara terpelihara.
Penahanan keluaran pertanian ini adalah bertujuan untuk mengawal kemasukan perosak seperti serangga perosak buah dan penyakit yang boleh merosakkan industri pertanian dalam negara jika tidak dikawal dengan sebaiknya.
Topic Berkaitan
#Kedah
#Kompleks ICQS
#maqis
#MAQIS Negeri Kedah
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan