ISKANDAR PUTERI:Pembongkaran kes kartel yang menyeludup masuk daging sejuk beku ke Malaysia baru-baru ini memperlihatkan terdapat keperluan mendesak untuk menambah anggota Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di semua pintu masuk negara.
Timbalan Ketua Pengarah MAQIS Dr Azhari Sharidah Abu Bakar berkata hal ini ekoran jabatan tersebut hanya mempunyai seramai 467 anggota untuk mengawal 57 pintu masuk di Semenanjung Malaysia.
Beliau berkata pemeriksaan di Sabah dan Sarawak pula terletak di bawah agensi berkaitan seperti Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan.
"Ketika ini, kita memang menghadapi masalah sebab pegawai kita tidak ramai untuk memeriksa kemasukan barangan di pintu masuk.
"Kita ada memohon pertambahan lebih 100 penjawatan baharu tahun lepas namun hanya 82 penjawatan diluluskan dan ini masih tidak cukup," katanya dalam sidang akhbar sempena program lawatan kerja Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ahmad Hamzah ke pejabat Maqis di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah di sini pada Sabtu malam.
Pada 2 Dis lepas, media melaporkan terdapat sindiket yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum dibungkus semula dengan logo halal di sebuah gudang di Senai, Johor Bahru.
Susulan pembongkaran itu, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Johor (DPMMNJ) mendesak kerajaan menyiasat secara bersepadu pendedahan wujud kartel yang terbabit dalam penipuan label halal, pemalsuan cap serta pembungkusan semula daging sejuk beku import untuk dijual semula ke pasaran negara.
Mengulas lanjut mengenai kekurangan anggota, Dr Azhari Sharidah berkata di Pelabuhan Klang contohnya, hanya terdapat 24 anggota ditugaskan untuk menjalankan pemeriksaan secara manual terhadap 400 kontena sehari dan jumlah ini jelas tidak mencukupi.
"Pertambahan anggota lebih penting kerana pemeriksaan kami ketika ini tertumpu kepada barangan import yang melibatkan penggunaan kontena sejuk beku seperti daging dan ikan.
"Ini berikutan produk terbabit diklasifikasikan sebagai barangan berisiko tinggi terutamanya daging kerana produk terbabit hanya boleh diimport dari loji pemprosesan yang mendapat kelulusan Jabatan Veterinar dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia," katanya.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan pihaknya telah mengeluarkan kompaun mencecah RM3 juta atas lebih 700 kesalahan sejak Januari hingga November lepas dengan kesalahan paling tinggi membabitkan barangan import tanpa permit.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 12 2020
Hal ini ekoran jabatan tersebut hanya mempunyai seramai 467 anggota untuk mengawal 57 pintu masuk di Semenanjung Malaysia. Foto: Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
Tak perlu tubuh RCI untuk siasat dakwaan KPN - Takiyuddin
Takiyuddin berkata ini kerana perkara itu boleh diselesaikan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).
MAQIS perlu anggota tambahan kawal kemasukan barangan di pintu sempadan negara
Hal ini ekoran jabatan tersebut hanya mempunyai seramai 467 anggota untuk mengawal 57 pintu masuk di Semenanjung Malaysia.