awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAQIS rampas 210 kg keratan ayam tanpa permit dari Singapura

Bernama
Bernama
04/10/2022
00:20 MYT
MAQIS rampas 210 kg keratan ayam tanpa permit dari Singapura
Pegawai penguat kuasa menemukan 14 kotak keratan ayam sejuk beku yang cuba dibawa masuk tanpa permit import MAQIS dan Sijil Kesihatan Veterinar, menggunakan kenderaan persendirian. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor merampas keratan ayam sejuk beku seberat 210 kilogram yang cuba diseludup dari Singapura di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah di Iskandar Puteri pada Rabu lepas.
Pengarahnya Edie Putra Md Yusof berkata keratan ayam itu ditemukan pegawai penguat kuasa MAQIS di dalam bonet sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 30-an pada pukul 9 malam.
"Pegawai penguat kuasa menemukan 14 kotak keratan ayam sejuk beku yang cuba dibawa masuk tanpa permit import MAQIS dan Sijil Kesihatan Veterinar menggunakan kenderaan persendirian di laluan import penumpang kereta.
"Hasil dagangan bernilai RM3,580 itu dirampas untuk tindakan lanjut," katanya menerusi kenyataan di sini semalam.
Edie Putra berkata individu itu juga telah dilepaskan pihaknya setelah keterangan diambil.
Menurutnya sebarang keluaran pertanian yang diimport tanpa permit import MAQIS adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan Seksyen 11(3) Akta yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#keratan ayam sejuk beku
#Kompleks Sultan Abu Bakar
#maqis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan