awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAQIS rampas 48 tan udang dari Iran

Bernama
Bernama
23/04/2021
02:10 MYT
MAQIS rampas 48 tan udang dari Iran
MAQIS sentiasa memastikan ketelitian dan kecekapan bagi setiap pemeriksaan yang dilaksanakan untuk semua keluaran pertanian yang diimport ke negara ini.
SHAH ALAM: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor merampas 48 tan udang yang diimport dari Iran selepas menahan dua kontena di Tapak Pemeriksaan Kontena, Gudang CFS 2 Pelabuhan Klang Barat pada Rabu.
Pengarah MAQIS Selangor Zamri Hashim berkata hasil pemeriksaan rutin dilakukan oleh pegawai penguat kuasa pada 12.30 tengah hari itu mendapati dua kontena terbabit membawa 4,000 kotak udang sejuk beku tanpa permit import yang sah.
"Kesemua dagangan bernilai RM972,305.83 telah ditahan untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
"Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zamri berkata MAQIS sentiasa memastikan ketelitian dan kecekapan bagi setiap pemeriksaan yang dilaksanakan untuk semua keluaran pertanian yang diimport ke negara ini bagi menjamin setiap keluaran pertanian yang dibawa masuk tiada perosak dan penyakit serta mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#udang
#rampas
#Iran
#maqis
#Selangor
#Pelabuhan Klang
#zamri hashim
#udang sejuk beku
#permit import
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan