awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maqis rampas daging itik, sosej lembu cuba dibawa masuk dari China

Bernama
Bernama
18/03/2023
06:40 MYT
Maqis rampas daging itik, sosej lembu cuba dibawa masuk dari China
Produk seberat 20 kilogram dianggarkan bernilai RM200 itu cuba dibawa masuk oleh seorang lelaki warga China berusia dalam lingkungan 30-an. - Gambar/ Sinar Harian
PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan membawa masuk produk haiwan melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Rabu lepas.
Pengarah MAQIS Selangor Mohd Sobri Md Hashim berkata produk seberat 20 kilogram dianggarkan bernilai RM200 itu cuba dibawa masuk oleh seorang lelaki warga China berusia dalam lingkungan 30-an.
Beliau berkata produk itu berjaya dikesan dengan bantuan mesin pengimbas Kastam sekitar pukul 6.30 pagi.
"Konsainan itu terdiri daripada lapan kilogram produk itik dan 12 kilogram sosej lembu mentah yang diletakkan di dalam sebuah bagasi, dan ia berisiko membawa masuk penyakit ke dalam negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya produk itu disita kerana tidak mempunyai permit import serta sijil kesihatan dan sijil halal yang sah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maqis
#rampasan produk daging
#KLIA2
#itik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan