awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maqis rampas daging kerbau sejuk beku bernilai RM323,000

Sinar Harian
Sinar Harian
02/03/2022
03:00 MYT
Maqis rampas daging kerbau sejuk beku bernilai RM323,000
Maqis Selangor merampas daging kerbau sejuk beku bernilai RM323,000 di Pelabuhan Klang Barat, Klang pada Sabtu lalu. -Foto Sinar Harian
KLANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 24 tan daging kerbau sejuk beku bernilai RM323,000 di Pelabuhan Klang Barat, di sini pada sabtu lalu.
Maqis Selangor berkata, pemeriksaan pada jam 3.25 petang itu mendapati sebuah kontena yang membawa dagangan daging kerbau sejuk beku dari India itu tidak mematuhi syarat permit import Maqis.
Menurutnya, pengimport yang membawa dagangan itu gagal mempamerkan logo halal di dalam kotak dagangan yang dikehendaki seperti mana yang dinyatakan di dalam syarat permit import yang diluluskan.
"Berikutan itu, kira-kira 1,120 karton daging terbabit yang bernilai RM323,000 ditahan untuk tindakan lanjut.
"Kegagalan mematuhi syarat yang ditetapkan pada Permit Import Maqis menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(2) akta yang sama.
"Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Katanya, Maqis Selangor mengambil serius dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri pertanian Negara.
"Maqis menasihatkan agar semua pengimport dan pengeskport mematuhi peraturan yang telah ditetapkan kerajaan.
"Pada masa yang sama, kita juga akan terus mengimbangi keperluan pemain industri dalam melaksanakan aktiviti perdagangan melalui peningkatan kualiti perkhidmatan, khidmat nasihat dan memudah cara urusan perdagangan yang sekali gus membantu perkembangan ekonomi negara," ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia
#maqis
#24 tan daging kerbau sejuk beku
#Pelabuhan Klang Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan