awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maqis tahan daging babi sejuk beku dari Sepanyol bernilai RM282,000

Bernama
Bernama
14/06/2022
04:05 MYT
Maqis tahan daging babi sejuk beku dari Sepanyol bernilai RM282,000
Maqis Selangor memaklumkan kontena berisi muatan 25,000 kilogram daging babi itu ditahan hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan oleh dua pegawai jabatan itu.
SHAH ALAM: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor menahan sebuah kontena membawa daging babi sejuk beku dari Sepanyol bernilai RM282,000 di Pelabuhan Klang Utara, dekat sini, Ahad lepas.
Maqis Selangor dalam kenyataan hari ini memaklumkan kontena berisi muatan 25,000 kilogram daging babi itu ditahan hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan oleh dua pegawai jabatan itu.
"Hasil pemeriksaan mendapati sebuah kontena yang membawa dagangan daging babi sejuk beku itu tidak mematuhi syarat permit import yang dikeluarkan oleh Maqis," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memberitahu kegagalan mematuhi syarat yang ditetapkan, boleh didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 serta boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(2) akta sama, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan hingga enam tahun atau kedua-duanya sekali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maqis
#babi sejuk beku
#daging import
#sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan