awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maqis tahan seekor kucing British Shorthair dari Rusia

Bernama
Bernama
07/09/2021
05:47 MYT
Maqis tahan seekor kucing British Shorthair dari Rusia
Nombor mikrocip pada haiwan berkenaan didapati berbeza daripada dokumen sijil kesihatan yang diisytiharkan. - Sinar Harian
SEPANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor menahan seekor kucing baka British Shorthair dari Rusia di kawasan kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Ahad lepas setelah nombor mikrocip pada haiwan berkenaan didapati berbeza daripada dokumen sijil kesihatan yang diisytiharkan.
Maqis Selangor menerusi kenyataan memaklumkan, haiwan itu kini dikuarantin.
Menurut Maqis Selangor, mengimport haiwan kesayangan dengan mengisytihar maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
"Pihak Maqis sentiasa teliti dalam melakukan pemeriksaan bagi setiap komoditi haiwan, tumbuhan serta karkas sama ada yang diimport atau dieksport bagi mengawal dan menjaga biosekuriti dan kawalan penyakit serta keselamatan makanan di dalam negara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maqis
#Selangor
#kucing
#british shorthair
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan