Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Israel bersiap serangan besar ke atas Iran, namun diarah berhenti oleh Trump

Sumber: REUTERS
Netanyahu dilaporkan pada mulanya tidak bersetuju dengan cadangan Trump dan menegaskan Israel perlu bertindak balas terhadap serangan Iran. - Gambar Reuters

WASHINGTON: Israel dilaporkan sedang bersiap untuk melancarkan serangan berskala besar ke atas Tehran sebelum Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump campur tangan dan mendesak Perdana Menteri Benjamin Netanyahu supaya menangguhkan tindakan tersebut.

Menurut sumber Israel dan pegawai AS yang mengetahui perkara itu, Trump menghubungi Netanyahu dan meminta Israel agar tidak meneruskan serangan balas lanjut terhadap Iran.

Campur tangan itu dilihat berkesan apabila Netanyahu kemudiannya mengumumkan Israel menghentikan serangan ke atas Iran buat masa ini.

Panggilan telefon itu merupakan kali kedua dalam tempoh beberapa jam Trump berhubung dengan Netanyahu, selepas dalam perbualan terdahulu beliau turut menggesa Israel menarik diri daripada tindakan ketenteraan susulan serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel. 

Bagaimanapun, Netanyahu pada mulanya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan menegaskan Israel perlu bertindak balas terhadap serangan Iran, menurut sumber sama.

Trump dilaporkan menggesa supaya sebarang tindak balas dihadkan bagi mengelakkan konflik daripada terus memuncak.

Selepas itu, Israel tetap melancarkan serangan, namun menyasarkan lokasi tertentu di Iran termasuk fasiliti petrokimia penting.

Nada perbualan antara kedua-dua pemimpin itu bagaimanapun tidak seteggang seperti perbualan mereka sebelum ini yang dilaporkan bertukar panas.

Dalam kedua-dua panggilan terbaharu itu. Trump turut menegaskan, rundingan dengan Iran kini berada pada peringkat akhir dan sebarang tindakan ketenteraan berpotensi menjejaskan usaha diplomatik yang sedang berlangsung. - Agensi

Must Watch Video

Advertisement