awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MARA rancang kerjasama strategik bidang pengajian baharu pelajar tajaannya

Bernama
Bernama
11/06/2022
21:30 MYT
MARA rancang kerjasama strategik bidang pengajian baharu pelajar tajaannya
Mahdzir berkata kerjasama strategik itu melibatkan universiti yang berada di kedudukan terbaik dunia seperti University of Manchester (UoM) United Kingdom (UK) yang berada di kedudukan ke-35 dunia, kelima di UK dan kelapan di Eropah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) merancang untuk memperluaskan kerjasama strategik dengan universiti luar negara dalam bidang baharu bagi pengajian pelajar tajaannya.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kerjasama strategik itu melibatkan universiti yang berada di kedudukan terbaik dunia seperti University of Manchester (UoM) United Kingdom (UK) yang berada di kedudukan ke-35 dunia, kelima di UK dan kelapan di Eropah.
"Jumlah keseluruhan pelajar di universiti ini (UoM) adalah lebih 40,000 dan lebih 25 peratus adalah pelajar dari luar negara termasuk dari Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Mahdzir kini berada di UK bagi lawatan kerja rasmi selama tujuh hari bermula semalam dan lawatan itu turut disertai Ketua Setiausaha kementerian Datuk Ramlan Harun serta Ketua Pengarah MARA Datuk Azhar Abdul Manaf.
Dalam lawatan berkenaan, beliau yang turut melawat UoM, telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi universiti itu yang diketuai oleh Naib Presiden Pembelajaran, Pengajaran dan Hal Ehwal Pelajar, Prof April McMohan.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan dan bertukar pandangan berkaitan pengajian bidang baharu yang boleh diteroka pelajar tajaan MARA ke UoM.
Mahdzir berkata MARA membuat keputusan tepat dengan memilih UoM sebagai destinasi kepada seramai 229 pelajar tajaannya berdasarkan faktor kedudukan universiti itu, tenaga pengajarnya serta persekitaran kampus yang terbaik selain kemudahan yang disediakan.
Sehingga kini, Mahdzir berkata MARA mempunyai sejumlah 3,391 pelajar tajaannya di luar negara dengan jumlah paling ramai adalah di UK iaitu 1,422 pelajar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MARA
#kerjasama strategik
#unversiti luar
#Mahdzir Khalid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan